Xinhua Silk Road: Forum Kerjasama Kerajaan Tempatan dan Bandar Persahabatan (Huangshan) RCEP 2026 dibuka di Anhui, timur China
BEIJING, 2 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Forum Kerjasama Kerajaan Tempatan dan Bandar Persahabatan (Huangshan) RCEP 2026 bermula pada 28 Mei di Bandar Huangshan, Wilayah Anhui, timur China yang menghimpunkan pegawai kerajaan, diplomat, pakar, wakil persatuan perniagaan serta perusahaan dari negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk membincangkan kerjasama dan peluang serantau.
Dianjurkan bersama Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Asing (CPAFFC) dan Kerajaan Rakyat Wilayah Anhui, forum tersebut diadakan di empat bandar di wilayah berkenaan, iaitu Hefei, Wuhu, Huangshan dan Bozhou dari 27 hingga 29 Mei.
Bertemakan "Visi Baharu, Peluang Baharu, Kerjasama Baharu", forum tersebut bertujuan untuk mempromosikan pelan tindakan pembangunan baharu, membawakan peluang-peluang baru muncul serta memajukan pertukaran dan kerjasama praktikal dalam kalangan negara anggota RCEP dalam bidang seperti perdagangan dan pelaburan, selain pembangunan kuasa produktif berkualiti baharu.
Berucap semasa majlis pembukaan, Yang Wanming, presiden CPAFFC, berkata bahawa sejak pelaksanaan RCEP empat tahun lalu, ia telah mendorong kemakmuran dan pembangunan serantau dengan ketara. Beliau mencadangkan agar terus mendukung keterbukaan dan keterangkuman, dengan memfokuskan kerjasama praktikal, mengukuhkan sokongan awam dan menekankan pembangunan belia.
Dalam ucapan video, Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn, berkata bahawa perkongsian antara ASEAN dan China merangkum usaha berterusan selama berdekad-dekad dalam pembangunan pasaran, kepercayaan bersama dan pengukuhan kerjasama. Dalam menghadapi situasi global yang kompleks dan sentiasa berubah, perkongsian tersebut menunjukkan bahawa hanya melalui kerjasama berterusan serta pematuhan kepada prinsip keterbukaan dan manfaat bersama, maka kestabilan dan pertumbuhan serantau dapat dipelihara.
Shi Zhongjun, Setiausaha Agung Pusat ASEAN-China, menyatakan bahawa forum itu berfungsi sebagai platform penting untuk mempererat kerjasama serantau dalam kalangan negara anggota RCEP. Beliau turut menyuarakan harapan untuk menjalin kerjasama selanjutnya dengan Wilayah Anhui bagi menggalakkan kerjasama praktikal dalan sektor perdagangan, pertukaran budaya dan sektor-sektor lain.
Sepanjang forum tersebut, sebanyak 20 projek kerjasama utama ditandatangani di lokasi acara yang melibatkan 12 negara, termasuk China, Kemboja, Laos, Singapura, Thailand, Vietnam, Jepun, New Zealand, Australia, Korea Selatan, Malaysia dan Indonesia. Projek-projek berkenaan merangkumi bidang seperti sains dan teknologi, pelaburan, perdagangan, pertukaran budaya serta kerjasama bandar persahabatan.
Sebagai forum institusi peringkat kebangsaan tahunan, forum tersebut menjadi platform penting bagi pertukaran dan kerjasama antara Wilayah Anhui dan negara-negara anggota RCEP sejak penganjuran sesi sulungnya pada tahun 2023.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/350782.html
SOURCE Xinhua Silk Road
Share this article