Yutong Buka Pusat Perkhidmatan Komprehensif Pertamanya di Eropah
Kemudahan berpangkalan di Norway itu mengintegrasikan penyelenggaraan, pemeriksaan dan bekalan alat ganti bagi menyokong kumpulan bas elektrik bateri sepanjang kitaran hayat kenderaan
STOKKE, Norway, 10 September 2026 /PRNewswire/ -- Yutong Bus secara rasmi membuka Yutong Service Center (selepas ini dirujuk sebagai "Pusat") pertamanya di Eropah pada 8 September di Stokke, Norway yang mengintegrasikan penyerahan kenderaan, perkhidmatan pascajualan, pembekalan alat ganti dan latihan profesional dalam satu hab.
Seiring kemajuan peralihan Norway kepada pengangkutan awam elektrik, Pusat itu akan meningkatkan keupayaan penyelenggaraan, pemeriksaan pematuhan dan kegerakbalasan perkhidmatan tempatan bagi bas elektrik sepenuhnya, menawarkan pilihan perkhidmatan yang lebih langsung kepada pelanggan serta menyediakan sokongan sistematik bagi operasi kumpulan bas sepanjang keseluruhan kitaran hayatnya.
Meliputi kawasan seluas kira-kira 38,941 meter persegi dengan keluasan bangunan 6,074 meter persegi, termasuk gudang alat ganti seluas 2,300 meter persegi, Pusat itu mengintegrasikan ruang pameran jenama, penyerahan kenderaan, perkhidmatan pascajualan, pembekalan alat ganti dan kemudahan latihan, sekali gus menyediakan sokongan pelanggan yang menyeluruh. Dibangunkan dengan Yutong sebagai teras, Pusat itu menggabungkan fungsi perkhidmatan pelbagai dimensi dan melengkapi rakan kongsi tempatan serta saluran perkhidmatan sedia ada, dengan menawarkan penyelesaian masalah dan pilihan perkhidmatan yang lebih langsung serta fleksibel kepada pelanggan.
"Pusat perkhidmatan ini diberikan kedudukannya sebagai hab perkhidmatan komprehensif dan berpusat, dengan inventori alat ganti yang besar, kemudahan pemeriksaan, ruang servis profesional dan peralatan latihan khusus," kata Jack Li, Ketua Pegawai Eksekutif Yutong Central and Northern Europe. "Menerusi operasi yang cekap, kami berhasrat untuk membantu mengurangkan jumlah kos pemilikan pelanggan dan memaksimumkan tempoh operasi bas. Dengan memperkukuh perkongsian dan memperluas liputan perkhidmatan, kami bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang menjimatkan kos dan mewujudkan nilai bersama sambil membantu menjadikan pengangkutan awam lebih mesra alam, lebih pintar dan juga lebih inklusif."
Ekosistem perkhidmatan sehenti: daripada bekalan alat ganti kepada sokongan perkhidmatan bersepadu sepanjang kitaran hayat kumpulan bas
Dengan pusat perkhidmatan tempatan dan pasukan khusus di lapangan, Yutong menggabungkan bekalan alat ganti, diagnostik kerosakan, penyelenggaraan dan latihan profesional dalam satu sistem perkhidmatan, sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta menyediakan sokongan kumpulan bas sepanjang kitaran hayat kepada pengendali pengangkutan penumpang dan bas Norway. Pusat itu mempunyai ruang penerimaan yang komprehensif, zon penyelenggaraan dan pembaikan, kawasan penyimpanan alat ganti, ruang latihan amali, kawasan pameran kenderaan dan zon pengalaman jenama, bagi menawarkan pakej perkhidmatan bersepadu kepada pelanggan tempatan yang merangkumi segala-galanya bermula daripada jualan dan penyerahan kenderaan hinggalah pembaikan pascajualan, bekalan alat ganti dan latihan teknikal.
Pusat itu mempunyai tujuh ruang penyelenggaraan terpiawai, selain ruang khusus untuk pembaikan rangkaian kuasa dan komponen besar, yang dilengkapi dengan lif empat tiang, sistem penjajaran roda laser elektronik, alat penguji brek dan pengimbang tayar tugas berat. Pusat itu turut menawarkan keupayaan pembaikan bagi casis, sistem elektrik dan voltan tinggi, rangkaian kuasa, penyaman udara serta bahagian dalaman, dan juga boleh mengendalikan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tidak serius, penyaling kunci (interlock) alkohol dan takograf.
Dibina mengikut piawaian EU, Pusat itu merangkumi laluan pemeriksaan bas khusus bagi pemeriksaan tahunan PKK mandatori Norway, yang dilengkapi lubang sepanjang 31.5 meter, dua bicu lubang berkapasiti 16 tan serta peralatan untuk pengujian brek, pencahayaan, gelinciran sisi dan OBD, meliputi casis, sistem brek, peranti keselamatan, diagnostik dalam kenderaan dan pematuhan rangkaian kuasa. Dengan menjalankan pemeriksaan, diagnosis kerosakan dan pemeriksaan keselamatan secara tempatan, Pusat itu membantu pelanggan mengurangkan masa henti kumpulan bas dan mengurangkan kos kendalian.
Pusat itu juga mempunyai gudang alat ganti seluas 2,300 meter persegi, yang merangkumi 4,500 SKU alat ganti tulen Yutong bagi bateri, motor dan sistem kawalan elektronik, rangkaian kuasa, casis, sistem stereng, sistem pneumatik dan hidraulik, perapi dalaman dan luaran, alat ganti haus serta bahan guna habis penyelenggaraan.
Dengan stok tempatan dan penambahan semula daripada pusat pengedaran serantau, Pusat itu dapat mengurangkan tempoh menunggu perolehan alat ganti dan pembaikan, sekali gus meningkatkan tempoh operasi kenderaan dan meminimumkan kerugian akibat masa henti kumpulan bas. Semua alat ganti disokong oleh piawaian kualiti dan waranti yang konsisten, disokong oleh pasukan kejuruteraan tempatan yang menyediakan bekalan alat ganti, diagnostik dan perkhidmatan penyelenggaraan.
Membina kepakaran tempatan: perkhidmatan, latihan dan sokongan kumpulan bas jangka panjang
Pusat itu turut merangkumi bilik latihan teori dan kawasan latihan amali, dengan pengajaran dipimpin oleh jurulatih berpengalaman. Dilengkapi platform latihan keseluruhan kenderaan yang komprehensif bagi bas elektrik sepenuhnya serta unit latihan khusus untuk penyaman udara, brek EBS, pemanas, bateri, motor dan sistem kawalan elektronik serta peleraian gandar belakang, Pusat itu menyokong latihan dalam pengenalpastian komponen, prinsip operasi, simulasi dan diagnosis kerosakan. Peralatan latihan tersebut menggunakan pemasangan teras dan komponen yang diperoleh daripada kenderaan sebenar, sekali gus membolehkan juruteknik penyelenggaraan pelanggan mengaplikasikan secara langsung apa yang dipelajari kepada pembaikan dalam situasi sebenar.
Menerusi pasukan tempatannya, prosedur penyelenggaraan dan pemeriksaan terpiawai, inventori alat ganti serta keupayaan latihan, Yutong terus melaksanakan komitmen perkhidmatan global "EnRoute+". Sebagai pusat perkhidmatan komprehensif pertama Yutong di Eropah, kemudahan itu terus menegaskan komitmen jangka panjang syarikat untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan Eropah. Berasaskan pusat perkhidmatan Norway itu, Yutong akan terus memajukan pendekatan perkhidmatan setempatnya di pasaran termasuk Belanda, Chile, Kazakhstan dan Arab Saudi. Usaha ini akan memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembaikan, penyelenggaraan dan pemeriksaan bas elektrik, meningkatkan kegerakbalasan perkhidmatan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan tempatan yang berkualiti tinggi serta menyokong elektrifikasi dan peralihan rendah karbon pengangkutan awam.
Untuk maklumat lanjut mengenai Yutong Service Center dan komitmen perkhidmatan global "EnRoute+", sila layari https://en.yutong.com/.
SOURCE Yutong Bus
Share this article