DuPont Akan Perkenal Inovasi Tyvek® Baharu di Safe@Work 2026 Thailand
Inovasi Tyvek® baharu direka untuk menyokong keselamatan dan keselesaan pekerja di seluruh ASEAN
BANGKOK, 18 Jun 2026 /PRNewswire/ -- DuPont (NYSE: DD) hari ini mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan inovasi baharu dalam portfolio Tyvek® yang dipercayai di Thailand Safe@Work 2026, yang berlangsung pada 24 Jun di Bangkok, Thailand.
Berasaskan kepakaran selama lebih 50 tahun dalam bahan pakaian perlindungan, DuPont terus membangunkan bahan dan penyelesaian yang menyokong keselamatan, keselesaan dan prestasi pekerja merentasi pelbagai industri. Pengenalan yang akan datang ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk memenuhi keperluan tempat kerja yang sentiasa berkembang melalui penyelidikan saintifik dan pemahaman mengenai pelanggan.
Pembangunan Tyvek® baharu ini direka untuk memenuhi keperluan tempat kerja yang semakin berkembang, terutamanya ketika organisasi memberi penekanan yang semakin tinggi terhadap kesejahteraan pekerja di samping perlindungan yang boleh dipercayai. Maklumat lanjut mengenai produk dan keupayaannya akan dikongsikan di majlis pelancaran rasmi semasa acara tersebut.
Sains bahan untuk perlindungan dan keselesaan pekerja
Dalam industri farmaseutikal, pembuatan, utiliti dan pemprosesan kimia, organisasi semakin menyedari kepentingan penyelesaian perlindungan yang menyokong perlindungan pekerja dan juga keselesaan pemakai. Seiring perubahan jangkaan, inovasi dalam bidang sains bahan terus memainkan peranan penting dalam menangani cabaran ini.
Di Safe@Work 2026, DuPont akan mempamerkan platform Tyvek® baharu untuk pasaran ASEAN bagi memberi peluang kepada peserta dan media untuk mengetahui lebih lanjut mengenai platform baharu tersebut serta aplikasi yang disasarkan. Perserta dijemput untuk mengunjungi reruai DuPont di Reruai A4, Dewan 11–12 untuk mengetahui lebih lanjut semasa acara tersebut.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila layari: tyvek.com/ppe
Latar Belakang DuPont
DuPont (NYSE: DD) merupakan peneraju inovasi global yang menyediakan penyelesaian termaju yang membantu mengubah industri dan menambah baik kehidupan seharian merentasi pasaran utama kami iaitu penjagaan kesihatan, air, pembinaan dan pengangkutan. Maklumat lanjut mengenai syarikat, perniagaan dan penyelesaiannya boleh ditemui di www.dupont.com. Pelabur boleh mengakses maklumat yang disertakan pada bahagian Perhubungan Pelabur di laman web di investors.dupont.com.
Maklumat ini adalah berdasarkan data teknikal yang dipercayai oleh DuPont sebagai boleh dipercayai. Ia tertakluk kepada semakan semula apabila pengetahuan serta pengalaman tambahan tersedia. Menjadi tanggungjawab pengguna menentukan tahap ketoksikan dan peralatan perlindungan diri yang sesuai yang diperlukan. Maklumat yang dinyatakan di sini mencerminkan prestasi makmal fabrik, bukan pakaian lengkap, di bawah keadaan terkawal. Maklumat ini bertujuan untuk digunakan oleh orang yang mempunyai kepakaran teknikal untuk menjalankan penilaian di bawah keadaan penggunaan akhir khusus mereka sendiri, mengikut budi bicara dan risiko mereka sendiri. Sesiapa yang berhasrat menggunakan maklumat ini harus terlebih dahulu memastikan pakaian yang dipilih sesuai untuk kegunaan yang dimaksudkan. Pengguna akhir hendaklah menghentikan penggunaan pakaian sekiranya fabrik koyak, haus atau berlubang, untuk mengelakkan pendedahan kepada bahan kimia yang mungkin berlaku. Memandangkan keadaan penggunaan adalah di luar kawalan kami, DUPONT DE NEMOURS, INC DAN SYARIKAT BERSEKUTUNYA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAMINAN, SECARA TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN TIDAK MENGAMBIL SEBARANG LIABILITI BERHUBUNG DENGAN SEBARANG PENGGUNAAN PRODUK DAN MAKLUMAT INI. Maklumat ini bukan bertujuan sebagai lesen untuk beroperasi di bawah atau cadangan untuk melanggar sebarang tanda dagangan, paten atau maklumat teknikal DuPont atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas sebarang bahan atau penggunaannya.
DuPont™, Logo DuPont Oval dan semua tanda dagangan dan tanda perkhidmatan yang ditandakan dengan ™, ℠ atau ® dimiliki oleh sekutu DuPont de Nemours, Inc., melainkan dinyatakan sebaliknya.
SOURCE DuPont
Share this article