Forum Pengewangan Pengalaman 5G-A Catat Pencapaian Penting bagi Mempercepat Sinergi Terminal-Rangkaian-Perniagaan
SHANGHAI, 29 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Forum industri "5G-A Experience Monetization: Terminal-Network-Business Synergy" telah melabuhkan tirainya di Shanghai. Pemimpin industri daripada CAICT, GSMA, China Mobile, Huawei, 3GPP, GSMA Intelligence dan rakan kongsi ekosistem berkumpul untuk membincangkan pengkomersialan 5G-A, evolusi teknologi dan kerjasama ekosistem. Forum ini mempamerkan beberapa pencapaian penting, memperkukuh kesepakatan industri serta meletakkan asas bagi pelaksanaan 5G-A secara berskala besar dan evolusi ke arah rangkaian generasi akan datang.
Rangkaian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Dinaik Taraf dengan 5G-A
GSMA, China Mobile dan Huawei bersama-sama memperkenalkan Perkhidmatan Pecutan Rangkaian Kereta Api Berkelajuan Tinggi 5G-A, yang mentakrifkan semula perkhidmatan kesalinghubungan mudah alih untuk penumpang kereta api. Dijadualkan dilancarkan secara komersial di China pada Ogos 2026, pakej ini dibangunkan berasaskan rangka kerja "1+3+5", yang merangkumi:
Satu identiti eksklusif: Logo VIP dinamik kereta api berkelajuan tinggi yang dipaparkan pada skrin telefon pintar menerusi penyelesaian UE Logo.
Tiga teknologi termaju: 5G-A berlebar jalur tinggi bersama rangkaian persendirian kereta api berkelajuan tinggi, rangkaian teras natif AI, dan unit pemprosesan perkhidmatan pintar sejagat tanpa wayar.
Lima senario perkhidmatan utama: Penstriman langsung, persidangan video, permainan dalam talian, panggilan AI dan pejabat AI.
Rangka Kerja Baharu untuk Operasi Berteraskan Pengalaman
Forum ini turut menyaksikan pelancaran dua kertas putih industri:
Kertas Putih UE Logo 2.0: Diterbitkan bersama oleh China Mobile Research Institute dan Huawei, kertas putih ini memberi tumpuan kepada sinergi terminal-rangkaian-perniagaan, analitik pintar, penglibatan berasaskan senario dan pemasaran berketepatan tinggi. Ia mencadangkan rangka kerja perkhidmatan hujung ke hujung yang menghubungkan penglibatan pengguna dengan pemasaran gelung tertutup, sekali gus mewujudkan paradigma baharu yang menggabungkan kesedaran rangkaian, kebolehcapaian perkhidmatan dan operasi yang berteraskan pengalaman.
Kertas Putih Teras Berejen: Diterbitkan oleh GSMA Intelligence, kertas putih ini menggariskan seni bina rangkaian teras pintar natif AI. Rangka kerja ini membuka empat keupayaan utama pengewangan, iaitu: pengalaman pengguna yang lebih unggul, perkhidmatan termaju, keterbukaan keupayaan rangkaian dan jaminan perkhidmatan ejen. Selain itu, ia turut menyokong pembangunan perkhidmatan komunikasi baharu yang berpusatkan ejen serta memperluaskan peluang inovasi.
Memperkenalkan "Connection Agent"
China Mobile Research Institute, Huawei dan GSMA Intelligence bersama-sama memperkenalkan Connection Agent dan "China Mobile Bixing Agent Platform" Intent Openness Gateway. Dibangunkan berasaskan seni bina modular yang boleh diskala, gerbang tersebut membolehkan kebolehoperasian yang lancar antara ejen AI, di samping menyediakan perkhidmatan rangkaian khusus untuk setiap ejen yang disambungkan, sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam bidang kesalinghubungan pintar.
Pelancaran ini menandakan peralihan daripada penyampaian perkhidmatan tradisional yang berasaskan peraturan kepada orkestrasi perkhidmatan berejen, sekali gus membuka laluan kepada kesalinghubungan pintar generasi akan datang. Penyelesaian ini telahpun digunakan di beberapa wilayah terpilih di China bagi menyokong pembangunan perkhidmatan inovatif.
Memacu Kerjasama Rentas Industri
Bagi memperkukuh lagi kerjasama industri, forum tersebut secara rasmi melancarkan Inisiatif Kerjasama Terminal-Rangkaian-Industri, yang menggalakkan pembangunan secara terselaras merentas dimensi teknologi, perniagaan dan ekosistem.
Teknologi: Mempercepat penyesuaian ekosistem terminal serta pensijilan piawaian bagi memastikan kebolehoperasian yang meluas.
Perniagaan: Memberi tumpuan kepada senario aplikasi bernilai tinggi dan meneroka model pengewangan yang lebih pelbagai.
Ekosistem: Menghimpunkan rakan kongsi daripada pelbagai industri menegak untuk membina komuniti kerjasama berasaskan perkongsian sumber, pembangunan keupayaan bersama serta perkongsian risiko dan ganjaran.
Melangkah ke hadapan, pihak berkepentingan industri akan terus memajukan teknologi kerjasama AI mudah alih dan memperkukuh asas bagi produktiviti digital generasi akan datang. Secara bersama, mereka akan memacu evolusi infrastruktur komunikasi menjadi platform pintar yang menyokong kesalinghubungan menyeluruh dan kerjasama rentas domain, sekali gus membuka peluang baharu dalam era AI mudah alih.
SOURCE Huawei
Share this article