Haier Bekerjasama dengan AO 1 Point Slam Bawa Tenis Akar Umbi ke Pentas Grand Slam
Kerjasama mewujudkan laluan baharu kepada pemain komuniti untuk merasai pengalaman Terbuka Australia
QINGDAO, China, 5 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Haier, jenama peralatan rumah utama No.1 dunia, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan AO 1 Point Slam, sebuah inisiatif tenis inovatif yang dilancarkan oleh Terbuka Australia yang memberi peluang kepada pemain tenis akar umbi untuk menikmati keterujaan beraksi dalam pertandingan Grand Slam.
Kerjasama ini menghubungkan komuniti tenis tempatan dengan pentas tenis terulung dunia, sekali gus memberi peluang kepada pemain daripada semua peringkat umur dan tahap kemahiran untuk bertanding dalam kejohanan kelayakan tempatan serta mendapat peluang untuk beraksi di Rod Laver Arena semasa Minggu Pembukaan Terbuka Australia.
Bagi menggalakkan penyertaan komuniti yang lebih luas, Tennis Australia dan Haier menyeru kelab tenis, persatuan, sekolah serta jurulatih di seluruh negara untuk menganjurkan acara kejohanan kelayakan. Setiap pemain yang layak bertanding dalam pusingan utama pada Minggu Pembukaan Terbuka Australia akan mewakili komuniti tempatan, manakala kelab yang dikaitkan dengan pemain yang akhirnya menjadi juara akan menerima geran pembangunan tenis bagi menyokong pertumbuhan tenis akar umbi.
"Kerjasama kami yang telah lama terjalin dengan Terbuka Australia membolehkan Haier mendekati peminat tenis dan komuniti di seluruh dunia. Dengan memperluas kerjasama kami untuk merangkumi AO 1 Point Slam, kami dapat mewujudkan peluang baharu untuk berinteraksi dengan komuniti pemain dan peminat yang lebih luas, sekali gus membawa kemeriahan Terbuka Australia lebih dekat kepada komuniti tenis di seluruh dunia," kata Wang Meiyan, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Jenama Haier Group.
"Kami berbesar hati dapat melanjutkan kerjasama kami dengan Haier kepada AO 1 Point Slam," kata Ketua Pegawai Komersial Tennis Australia, Cedric Cornelis. "Dedikasi Haier terhadap inovasi dan kualiti benar-benar selari dengan nilai-nilai sukan kami. Kerjasama ini bukan sahaja akan memartabatkan salah satu acara tenis terbaharu kami, malah turut menyokong komuniti tenis akar umbi di seluruh negara."
Berdasarkan pengalaman pemasaran sukan selama lebih dua dekad sejak jalinan kerjasama pertamanya dengan Melbourne Tigers pada 2004, Haier terus memperluas kehadirannya dalam acara sukan bertaraf dunia, bekerjasama dengan kelab bola sepak terkemuka seperti Paris Saint-Germain dan Liverpool FC, selain acara global yang utama termasuk Terbuka Australia dan Roland-Garros.
Melalui kerjasama-kerjasama ini, Haier dapat mendekati pelbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia sambil memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai budaya tempatan dan gaya hidup pengguna. Pengalaman ini terus menjadi panduan kepada pendekatan Haier dalam membangunkan produk dan penyelesaian yang memenuhi keperluan isi rumah yang sentiasa berkembang di pasaran-pasaran berbeza.
Dengan rangkaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) global serta keupayaan inovasi setempat, Haier membangunkan penyelesaian rumah pintar yang direka berdasarkan persekitaran dan gaya hidup isi rumah yang berbeza. Bermula daripada mesin basuh cekap tenaga yang disesuaikan untuk isi rumah Eropah hinggalah kepada peralatan berkapasiti besar yang dibangunkan untuk pengguna Amerika Utara, Haier terus menyesuaikan inovasinya bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna.
Diiktiraf sebagai jenama peralatan rumah utama No.1 di dunia berdasarkan jumlah jualan runcit selama 17 tahun berturut-turut dan juga sebagai perusahaan rumah pintar global yang terkemuka, Haier memantapkan kedudukan kepimpinan pasarannya menerusi inovasi, penyelesaian berfokuskan pengguna serta penglibatan tempatan. Dengan menggabungkan sukan, komuniti dan teknologi, syarikat berhasrat untuk mencipta nilai berkekalan kepada pengguna di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai butiran penganjuran acara komuniti, pendaftaran dan penyertaan, layari tennis.com.au/one-point-slam.
Latar Belakang Haier Group
Ditubuhkan pada 1984, Haier Group ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian untuk kehidupan yang lebih baik dan transformasi digital dengan matlamatnya iaitu "More Creation, More Possibilities" ("Lebih Banyak Penciptaan, Lebih Banyak Kemungkinan"). Syarikat menubuhkan 10 pusat R&D, 35 taman industri dan 173 pusat pembuatan di seluruh dunia, serta menjana hasil global sebanyak USD 59.8 bilion pada 2025. Haier ialah satu-satunya Jenama Ekosistem IoT di dunia yang tersenarai dalam Kantar BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands selama lapan tahun berturut-turut. Selain itu, Haier turut menduduki kedudukan No.1 bagi bahagian jenama dalam jualan peralatan rumah utama global menurut Euromonitor International selama 17 tahun berturut-turut.
SOURCE Haier
Share this article