Hong Kong Bawa PUMA HYROX World Championships ke Rantau APAC Buat Julung Kalinya pada 2027
Imej Di Sini
HONG KONG, 22 Jun 2026 /PRNewswire/ -- HYROX mengumumkan secara rasmi bahawa Hong Kong akan menjadi tuan rumah bagi PUMA HYROX World Championships 2027. Acara kemuncak sukan tersebut akan mengambil alih AsiaWorld-Expo dari 10 - 13 Jun 2027.
Keputusan untuk membawa World Championships ke Hong Kong menandakan satu detik yang benar-benar melengkapkan kitaran perjalanan sukan berkenaan. Di bandar inilah pada tahun 2022 HYROX menganjurkan acara pertamanya di rantau APAC yang menerima kehadiran kurang daripada 1,000 pesaing. Hanya empat tahun kemudian, perlumbaan keenam di bandar tersebut yang merupakan suatu kejayaan besar pada Mei lalu, menarik hampir 20,000 peserta. Pertumbuhan mendadak ini, bermula daripada permulaan yang sederhana sehingga menjadi pengaruh besar bagi kecergasan global, menjadikan Hong Kong sebagai lokasi yang paling sesuai untuk menganjurkan acara kemuncak ini.
HYROX terus mengubah landskap sukan dengan penyertaan secara besar-besaran. Selepas musim 2025/2026 yang memecahkan rekod dengan penyertaan 1.5 juta peserta di 95 bandar, unjuran bagi musim akan datang dijangka melebihi 2 juta atlet. Daripada komuniti seluruh dunia yang besar ini, hanya 0.5% peserta terbaik akan berpeluang untuk memulakan perjalanan ke Hong Kong dan bersaing merebut gelaran Juara Dunia yang ulung, sekali gus memperteguh komitmen HYROX dalam memberikan pengalaman bertaraf dunia dan berintensiti tinggi kepada peserta dan juga peminat.
Penganjuran acara berprestij ini turut membawa nilai ekonomi yang besar kepada bandar tersebut, sekali gus memantapkan statusnya sebagai hab global untuk acara sukan. PUMA HYROX World Championships merupakan festival kecergasan selama beberapa hari yang menggabungkan perlumbaan profesional elit dengan penyertaan besar-besaran mengikut kumpulan umur, menawarkan kepada bandar tuan rumah dengan pilihan alternatif yang memberi ganjaran tinggi, tanpa risiko kepada infrastruktur berbanding acara mega sukan tradisional. Menerusi PUMA HYROX World Championships 2026 akan datang di Stockholm yang dijangka menarik 1 juta penonton di seluruh dunia, Hong Kong bersedia menjadi tumpuan global yang lebih hebat pada tahun 2027 ketika pertumbuhan pesat sukan ini terus meningkat.
Cik Rosanna Law, Setiausaha Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, berkata, "Kami mengalu-alukan keputusan HYROX untuk membawa World Championship 2027 ke Hong Kong. Pilihan ini bukan sahaja memperlihatkan keupayaan kami dalam menganjurkan acara sukan berskala besar, malah turut menonjolkan daya tarikan Hong Kong sebagai destinasi pelancongan yang utama. Sebagai sukan yang sedang berkembang dan sangat popular, HYROX dan World Championships akan terus menyemarakkan suasana sukan serta membantu memupuk budaya sukan yang dinamik di Hong Kong. Kami tidak sabar menyambut kedatangan para peserta bersama rakan dan ahli keluarga mereka dari seluruh dunia. Kami berharap mereka akan berkongsi semangat tinggi dan detik kemenangan mereka bersama kami, sambil turut menikmati tarikan bandar dan hidangan masakan kami sebelum dan selepas pertandingan yang sengit."
Dr Peter Lam, Pengerusi Hong Kong Tourism Board, berkata, "Kami amat teruja kerana Hong Kong akan menjadi tuan rumah PUMA HYROX World Championships 2027, iaitu acara penutup yang utama bagi musim global HYROX dan kali pertama acara berprestij ini akan dianjurkan di rantau APAC. Ia menambah satu lagi acara mega bertaraf dunia dalam kalendar bandar kami dan mengukuhkan kedudukan Hong Kong sebagai Ibu Kota Acara Asia. Kami tidak sabar menyambut kedatangan atlet elit dan peminat HYROX dari seluruh dunia ke Hong Kong, yang mana mereka boleh tinggal lebih lama, meneroka lebih banyak lagi dan menikmati segala yang ditawarkan oleh bandar kami yang bertenaga dan pelbagai."
Christian Toetzke, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif HYROX, mengulas, "PUMA HYROX World Championships mewakili kemuncak musim kami - satu detik apabila seluruh komuniti global kami berkumpul untuk meraikan kecemerlangan olahraga dan suasana perlumbaan hibrid yang menakjubkan. Penganjuran acara penutup musim 2027 kami di Hong Kong merupakan satu langkah bersejarah ke hadapan yang bukan sahaja menunjukkan pertumbuhan sukan kami di rantau APAC, bahkan komitmen kami untuk membawa perlumbaan hibrid bertaraf dunia ke hab global baharu. Kami tidak sabar untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di bandar yang penuh bertenaga ini."
Marwin Hoffman, Naib Presiden Train Marketing BU PUMA, berkata: "Perkongsian kami dengan HYROX berasaskan kepada komitmen bersama terhadap prestasi, dan kami amat berbangga dengan tahun-tahun yang telah kami lalui bekerjasama dengan mereka untuk mengembangkan sukan ini. Setelah melanjutkan perkongsian global kami baru-baru ini, kami menjadi lebih bersemangat berbanding sebelum ini untuk menyokong pertumbuhan pesat HYROX, dan kami berharap dapat berbuat demikian ketika kami membuat persiapan menuju World Championships pada tahun 2027 dan seterusnya."
Butiran lanjut mengenai tiket, jadual acara dan laluan kelayakan bagi PUMA HYROX World Championships 2027 akan diumumkan dalam masa terdekat.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, pertanyaan media, temu bual atau permintaan sampel, sila hubungi: [email protected]
SOURCE HYROX
Share this article