INVT Perkenal Strategi "Pintar + Sifar-Bersih" dan Portfolio Produk Baharu pada Acara Pelancaran Global 2026
SUZHOU, China, 8 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Pembekal automasi industri dan penyelesaian tenaga yang terkemuka, INVT, berjaya mengadakan Acara Pelancaran Strategi Global dan Produk Baharu 2026 bertemakan Illuminated Voyage, Awakened Wisdom (Kembara Diterangi, Kebijaksanaan Tersedarkan). Dalam acara tersebut, syarikat memperkenalkan misi dan visi korporat baharunya—Memimpin Industri Pintar, Membentuk Masa Depan Sifar Bersih—-serta membentangkan pelan hala tuju strategiknya yang menggariskan laluan jelas menuju pertumbuhan masa depan.
Tumpuan pelan hala tuju tersebut ialah satu fokus strategik iaitu "Pintar + Sifar-Bersih". Visi ini merangkumi empat sektor perniagaan utama INVT—Automasi Industri, Kuasa Rangkaian, PV & ESS, dan E-Mobiliti yang disokong oleh tiga keupayaan teras—teknologi produk termaju, operasi global yang cekap dan ekosistem kerjasama terbuka.
Persidangan tersebut menampilkan portfolio komprehensif yang merangkumi produk dan penyelesaian baharu yang direka untuk memenuhi permintaan industri dan tenaga yang semakin berkembang.
Dalam sektor Automasi Industri, INVT memperkenalkan Pemacu Berkelajuan Tinggi Silikon Karbida Sejuk Cecair Siri GD350-WSiC, Pemacu Servo AC Siri DA360, Penyongsang Perlindungan Tinggi IP66 GD28, Penyelesaian Pengairan Pintar untuk Pam Air PV dan penyelesaian pintar sehenti dipacu AI bermula daripada pemilihan model hinggalah operasi & penyelenggaraan.
Bagi sektor Kuasa Rangkaian, syarikat melancarkan UPS tahap-Megawatt Siri RM yang menawarkan kecekapan sehingga 97.5%, Sistem Penyejukan DX Multi-Split Paip Haba Maglev yang meningkatkan kecekapan tenaga sebanyak lebih daripada 30% dan Penyelesaian Pusat Data Modular Penyejukan Udara & Cecair Bersepadu yang mencapai PUE di bawah 1.2.
Dalam sektor PV & ESS, INVT memperkenalkan Kabinet Storan Tenaga Sejuk Cecair 150kW, yang membawakan 10 saluran MPPT dan perlindungan AFCI tahap L4 demi prestasi serta keselamatan yang dipertingkat.
Bagi aplikasi e-Mobiliti, syarikat membawakan penyelesaian kawalan domain pintar dan pengoptimuman kecekapan tenaga untuk kenderaan komersial yang menyokong peralihan berterusan ke arah pengangkutan elektrik.
Bagi menyokong pelaksanaan strateginya, INVT telah mewujudkan pelan hala tuju pembangunan teknologi tiga peringkat yang memfokuskan peningkatan produk, inovasi terobosan dan teknologi berorientasikan masa depan. Pada masa sama, syarikat terus memperluas jejak globalnya dengan rancangan untuk memperkukuh lagi rangkaian penyelidikan dan pembangunan (R&D), rantaian bekalan, jualan dan perkhidmatan di seluruh dunia yang kini menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 160 negara dan wilayah.
INVT memajukan selanjutnya strategi ekosistem globalnya dengan bekerjasama bersama rakan teknologi, saluran, integrasi dan perkhidmatan bagi memacu inovasi, pembangunan penyelesaian dan kecemerlangan perkhidmatan. Melalui strategi yang dinaik taraf, inovasi berterusan dan ekosistem terbuka, INVT berhasrat untuk mempercepat pendigitalan, kecerdasan dan penyahkarbonan sistem industri serta tenaga di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.invt.com.
SOURCE INVT
Share this article