Kongres Insurans Hayat Cina Sedunia Ke-16 & Persidangan Tahunan International Dragon Award (IDA) 2026 Berlangsung Dengan Gilang Gemilang
Lebih 10,000 elit insurans kewangan dari seluruh dunia berhimpun di Hong Kong
HONG KONG, 9 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Dari 7 hingga 10 Ogos 2026, Kongres Insurans Hayat Cina Sedunia Ke-16 dan Persidangan Tahunan International Dragon Award (IDA) 2026 berlangsung dengan penuh gemilang di Hong Kong, yang dikenali sebagai "Mutiara Timur". Acara bersama itu menghimpunkan lebih 10,000 profesional insurans kewangan dari seluruh dunia, termasuk eksekutif kanan syarikat insurans, pakar industri dan ahli akademik, bagi membincangkan dan bertukar pandangan mengenai trend baharu, cabaran dan peluang yang sedang membentuk industri insurans.
Tiga Dekad Memacu Pertumbuhan dan Kemakmuran Industri Insurans
Tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-30 Kongres Insurans Hayat Cina Sedunia. Sejak penubuhannya, Kongres ini kekal berpegang teguh pada misi asalnya untuk menyatukan golongan profesional elit insurans kewangan Cina di seluruh dunia, menyerlahkan nilai profesional mereka dan mengejar tahap kecemerlangan perniagaan yang lebih tinggi. Sepanjang tiga dekad lalu, Kongres ini telah menghimpunkan kebijaksanaan kolektif pengurusan insurans Cina, memupuk budaya kecemerlangan, memperjuangkan semangat kemajuan, memperluaskan wawasan strategik para peserta dan menonjolkan profesionalisme pengamal cemerlang. Dalam tempoh tiga puluh tahun ini, Kongres ini menjadi saksi kepada ketabahan dan aspirasi ramai profesional insurans di seluruh dunia, menyaksikan kematangan industri insurans secara berperingkat dan meneruskan legasi pertumbuhan dan kecemerlangannya.
Bertemakan "Professional Epoch", Kongres Insurans Hayat Cina Sedunia Ke-16 dan Persidangan Tahunan International Dragon Award (IDA) 2026 membuat undangan istimewa kepada 125 penceramah terkemuka dari seluruh dunia, termasuk eksekutif kanan syarikat insurans utama, pemimpin agensi cemerlang, ejen berprestasi tinggi serta pakar daripada pelbagai bidang di luar sektor insurans. Melalui program yang pelbagai ini, Kongres menyediakan platform terbuka dan merentas sektor untuk pertukaran idea secara mendalam, sekali gus memacu pertumbuhan dan kemajuan industri. Antara acara istimewa ialah "WCLIC 30th Anniversary Tribute", yang menghimpunkan hampir 10,000 peserta bagi memperingati tiga dekad perjalanan bersama.
Kongres ini turut menerima sokongan padu dan bimbingan daripada Insurance Authority, Hong Kong Tourism Board, Hong Kong Federation of Insurers, pegawai kerajaan pelbagai peringkat serta penaja korporat yang dermawan.
Sorotan Kongres: Pengumuman Rasmi Kedudukan Global Syarikat Ahli IDA
Pada 2024, Jawatankuasa Eksekutif International Dragon Award (IDA) telah menerbitkan Official Announcement of Global Rankings for IDA Member Companies yang julung kali di Hong Kong, China, bagi memperkenalkan penanda aras dan trend utama yang membentuk industri insurans kewangan global. Data tersebut menyediakan panduan dan rujukan strategik yang bernilai kepada institusi kewangan serta pasukan agensi dalam operasi perniagaan mereka. Bagi syarikat insurans, jumlah ahli IDA merupakan petunjuk penting kepada produktiviti dan tahap profesionalisme sesebuah organisasi. Semakin ramai ahli IDA yang dimiliki, semakin kukuh prestasi syarikat dari segi produktiviti keseluruhan, pengambilan dan latihan tenaga kerja serta pengekalan bakat, sekali gus mencerminkan potensi pertumbuhan mampan jangka panjang.
Pada Kongres tahun ini, Jawatankuasa Eksekutif IDA akan mengumumkan Official Announcement of 2026 Global Rankings for IDA Member Companies. Berdasarkan pandangan dan cadangan Jawatankuasa Pakar Analitik Data International Dragon Award, yang terdiri daripada pakar terkemuka daripada industri, kerajaan dan akademia, analisis data tahun 2026 telah diperkasakan dengan liputan dan kedalaman yang lebih menyeluruh.
Sambutan Penghormatan IDA: Ribuan Profesional Elit IDA Berkumpul di Pentas Tertinggi
Pada 2026, industri insurans global berdepan pelbagai cabaran dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan bergelora. Namun begitu, di sebalik keadaan tersebut, sekumpulan profesional insurans yang cemerlang terus mencipta kejayaan dan berjaya meraih International Dragon Award hasil prestasi cemerlang serta ketabahan yang tidak berbelah bahagi.
Bagi memberikan penghormatan tertinggi kepada tonggak industri ini, Kongres telah merangka acara "Honor Salute" dan "Dragon Night"—yang menjemput lebih 4,800 ahli IDA melangkah di "Star of Distinction", laluan yang melambangkan falsafah "Paragon, Perfection, and Nobility"— sebelum naik ke pentas anugerah bagi meraikan detik kegemilangan yang dikhaskan untuk golongan profesional paling berdedikasi.
Antara semua penghormatan yang diberikan, pengiktirafan tertinggi IDA ialah:
Pada 2026, seramai 142 penerima baharu IDA Life Member diiktiraf, menjadikan jumlah keseluruhan 727. Melalui lebih sedekad dedikasi profesional dan pencapaian berterusan, mereka menjadi contoh kecemerlangan prestasi jangka panjang dalam industri insurans global.
Pada tahun yang sama, 5 individu baharu telah disenaraikan dalam IDA Hall of Fame, menjadikan jumlah keseluruhan 21. Dengan lebih dua dekad komitmen terhadap visi asal dan dedikasi berterusan, mereka bukan sahaja mencapai kecemerlangan peribadi, malah menetapkan penanda aras bagi pembangunan generasi baharu dalam industri insurans global.
Dalam kategori pasukan, 14 pasukan menerima pengiktirafan IDA Hundred-Elite Team pada 2026, menjadikan jumlah keseluruhan 34. Keupayaan luar biasa mereka dalam pengurusan organisasi, pembangunan bakat dan pertumbuhan mampan menjadikan mereka contoh teladan kepada pasukan insurans di seluruh dunia.
Selain itu, 7 "IDA World Records" baharu diumumkan pada 2026, menjadikan jumlah keseluruhan 21 rekod dunia. Rekod-rekod ini membabadkan pencapaian tertinggi dan detik bersejarah ahli IDA sepanjang 27 tahun lalu.
Selepas tiga dekad mengharungi pelbagai cabaran dan perubahan, Kongres Insurans Hayat Cina Sedunia terus teguh dengan misinya untuk menyumbang kepada kemakmuran, kemajuan dan pertumbuhan industri insurans kewangan global. Bersama institusi kewangan dan pengamal cemerlang di seluruh dunia, Kongres akan terus melangkah seiring bersama mereka di sepanjang perjalanan menuju kecemerlangan.
SOURCE Worldwide Chinese Life Insurance Congress
Share this article