CGTN: Xizang pada usia 75 tahun: Pembangunan dan budaya cipta 'keajaiban di Bumi'
BEIJING, 25 Mei 2026 /PRNewswire/ -- Tahun ini menandakan ulang tahun ke-75 pembebasan aman Xizang. Liang Junyan, seorang penyelidik di Institut Pengajian Sejarah, Pusat Penyelidikan Tibetologi China, yang telah mengkaji sejarah dan budaya Xizang selama dua dekad, berkongsi transformasi wilayah ini dari perspektif beliau sendiri.
Dalam lawatan pertamanya ke Xizang pada musim panas 2007, jalan raya dari lapangan terbang ke bandar itu berliku-liku dan panjang. Rumah-rumah di sepanjang jalan pula rendah dan usang. Hampir 20 tahun kemudian, beliau mendapati bahawa perubahan besar telah berlaku.
Keajaiban pembangunan 75 tahun menjangkau ribuan tahun
Sejak pembebasan aman dan reformasi demokratik, wajah Dataran Tinggi Bersalji itu telah mengalami transformasi asas. KDNK Xizang meningkat daripada 327 juta yuan ($47.87 juta) pada 1965 kepada 303.2 bilion yuan ($ 44.39 bilion) pada 2025. Kemiskinan mutlak telah dihapuskan, purata jangka hayat telah mencapai 72.5 tahun, dan Xizang merupakan antara wilayah pertama di China yang melaksanakan pendidikan yang dibiayai oleh kerajaan selama 15 tahun.
Di sebalik angka ekonomi itu, terdapat peningkatan nyata dalam kehidupan harian rakyat. Jumlah perbatuan perjalanan wilayah tersebut melebihi 120,000 kilometer, manakala rangkaian lebuh raya "Lima Bandar, Tiga Jam" yang berpusat di Lhasa, ibu kota wilayah itu, yang membolehkan perjalanan pantas selama tiga jam antara hab ekonomi utama, kini terhubung sepenuhnya.
Pemeliharaan budaya: Lebih daripada sekadar "memelihara masa lalu"
Budaya tradisional halus Xizang kini berada di bawah perlindungan sistematik. Epik Raja Gesar, opera Tibet dan terapi mandian perubatan Lum daripada Sowa Rigpa telah dicatatkan dalam Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO. Antara 2012 hingga 2024, dana kerajaan pusat dan wilayah bagi perlindungan warisan budaya tidak ketara berjumlah 473 juta yuan ($69.25 juta).
Pembelajaran dan penggunaan bahasa Tibet juga mencapai tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini. Semua sekolah rendah dan menengah menawarkan kursus dalam bahasa Cina Standard dan juga bahasa Tibet, manakala media bahasa Tibet pula kini menjangkau pelbagai platform.
Bagaimana pembangunan menyuburkan pemeliharaan: Interaksi positif antara ekonomi dan budaya
Terdapat pandangan bahawa daya tarikan Xizang terletak tepat pada keadaan "pramoden" — sederhana, taat dan jauh terpisah daripada tamadun perindustrian. Berdasarkan logik ini, pembinaan jalan raya, penyambungan grid kuasa dan penggalakan pendidikan moden menjadi ancaman kepada budaya tradisional. Pandangan ini mengabaikan satu hakikat asas: Pemeliharaan budaya tanpa jaminan material adalah rapuh.
Seorang pelukis Thangka yang sudah berusia pernah memberitahu Liang bahawa halangan terbesar untuk menerima perantis bukanlah bakat, tetapi kerana keluarga mengutamakan aktiviti penggembalaan bagi memperoleh sumber pendapatan segera berbanding perantisan yang memerlukan tempoh tiga hingga lima tahun. Hanya dengan infrastruktur, perkhidmatan awam dan pendapatan boleh guna yang lebih bagus, maka pemeliharaan budaya boleh berdaya maju.
Pada masa sama, pembangunan ekonomi semata-mata juga tidak menjamin kemakmuran budaya. Pembiayaan kerajaan yang berterusan — seperti 473 juta yuan ($69.25 juta) yang dikhususkan untuk warisan budaya tidak ketara, bangunan sekolah moden di dataran tinggi, lebuh raya yang menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar — menunjukkan bagaimana keuntungan ekonomi disalurkan semula kepada budaya.
Berdasarkan pemerhatian selama lebih dua dekad, Liang menyatakan bahawa Xizang pada hari ini telah mencapai tahap pembangunan serba baharu dan beliau menegaskan bahawa momentum ke hadapannya dicapai berdasarkan logik tadbir urus nasional yang jelas: visi komuniti warganegara Cina – yang "meningkatkan persamaan sambil menghormati dan meraikan perbezaan" — diterapkan dalam setiap projek infrastruktur, setiap usaha mendokumentasikan warisan budaya tidak ketara dan setiap pelan perlindungan ekologi. Pembangunan ekonomi menyediakan asas material bagi pemeliharaan budaya, manakala pemeliharaan budaya menyemai pembangunan ekonomi dengan kesatuan rohani. Kedua-duanya tidak pernah bertentangan; sebaliknya ia bersama-sama melahirkan sesuatu yang hanya boleh digambarkan sebagai "keajaiban di Dataran Tinggi Bersalji."
SOURCE CGTN
Share this article