Dreame Nebula NEXT Auto perluas kerjasama akademik percepat inovasi automotif pacuan AI
Penglibatan UC Berkeley menggariskan pelaburan jangka panjang dalam sistem autonomi, kedalaman kejuruteraan dan pembangunan kenderaan pintar
BERKELEY, Calif., 22 April 2026 /PRNewswire/ -- Dreame Nebula NEXT Auto memperdalam penglibatannya dengan institusi akademik terkemuka, termasuk University of California, Berkeley, ketika ia mempercepat pembangunan kenderaan tertakrif AI dan sistem autonomi generasi akan datang. Kerjasama ini menandakan komitmen jangka panjang untuk memajukan teknologi teras yang akan membentuk masa depan mobiliti automotif pintar.
Penglibatan ini menghimpunkan jurutera dan kepimpinan Nebula NEXT bersama penyelidik Berkeley yang berkepakaran dalam sistem kawalan autonomi, AI dan pengangkutan pintar. Sesi tersebut memberi tumpuan dalam menterjemahkan penyelidikan lanjutan kepada sistem kenderaan dunia sebenar, dengan penekanan khusus diberikan kepada aspek keselamatan, kawalan dan integrasi AI tindanan penuh.
Jake Ma, Eksekutif Dreame Nebula NEXT Auto, berkata: "Kami bukan membina sebuah kereta. Kami sedang membina otak baharu untuk dunia fizikal. Bagi kami, kereta ialah satu-satunya 'kapal induk' fizikal yang mampu membawa keupayaan pengkomputeran ekstrem yang diperlukan oleh model AI besar hari ini."
Lawatan ini membentuk sebahagian daripada strategi lebih luas untuk menyokong pembangunan Nebula NEXT dalam kerjasama teknikal mendalam. Dengan bekerjasama rapat bersama pakar akademik, syarikat memantapkan pendekatannya terhadap pemanduan autonomi, kecerdasan kenderaan dan kejuruteraan peringkat sistem.
Nebula NEXT dibangunkan berdasarkan asas Dreame Technology dalam kejuruteraan jitu dan inovasi pacuan AI. Warisan ini menyokong peralihan daripada kenderaan tertakrif perisian kepada kenderaan tertakrif AI, yang melaluinya kecerdasan disepadukan dalam seluruh sistem, bermula daripada persepsi dan pembuatan keputusan hingga kawalan casis dan rangkaian kuasa.
Hala tuju teknikal syarikat berpusatkan integrasi AI ke dalam dinamik teras pengoperasian kenderaan. Ini merangkumi sistem pembelajaran berterusan, seni bina berbilang ejen serta platform pengkomputeran berprestasi tinggi yang direka untuk menyokong pembuatan keputusan masa nyata dalam persekitaran pemanduan yang kompleks.
Nebula NEXT mula mendapat perhatian global di CES 2026 dengan pelancaran sulung Nebula NEXT 01, konsep hiper-sedan elektrik empat pintu. Kenderaan ini memberikan pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam 1.8 saat, lebih 2,000 kuasa kuda serta struktur ringan yang dibangunkan daripada Blue Carbon Fiber proprietari.
Momentum diteruskan dengan penampilan berprofil tinggi semasa siaran Super Bowl LVIII yang memperluas jangkauan jenama ini di seluruh Amerika Utara dan memperkukuh kedudukannya sebagai kuasa baru muncul dalam teknologi automotif.
Di samping prestasi, syarikat terus mengutamakan inovasi asas. Seni binanya menggabungkan sistem pengendalian natif AI, reka bentuk elektrik zon serta platform pengkomputeran berketumpatan tinggi untuk mendayakan sistem kenderaan pintar boleh diskala.
Nebula NEXT kini memasuki fasa yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan sistem, kedalaman kejuruteraan dan pembangunan teknologi boleh diskala. Syarikat akan membentangkan kemajuan selanjutnya di acara Silicon Valley akan datang pada 27 April 2026, yang melaluinya ia akan memperkenalkan produk baharu dan teknologi teras.
Dengan menggabungkan momentum pasaran global, kerjasama akademik dan fokus terhadap asas kejuruteraan, Dreame Nebula NEXT memantapkan kedudukannya sebagai tumpuan peralihan kepada mobiliti tertaktif AI.
Hubungan media:
Li Tong, Ketua PR Dreame Nebula Next Auto, [email protected]
Laman Web: https://www.dreametech.com
SOURCE Dreame Nebula NEXT Auto
Share this article