LX Pantos Perkukuh Kepimpinan ESG Global Menerusi Laporan Kemampanan 2026
- Melengkapkan pengiraan dan pengesahan pihak ketiga bagi emisi GHG Skop 1 dan 2 di seluruh Korea serta operasi luar negara yang utama
- Memperluas pendedahan ESG yang meliputi hak asasi manusia, keselamatan, keadaan kerja dan latihan bagi pekerja global
SEOUL, Korea Selatan, 11 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- LX Pantos (Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Lee Yong-ho) membentangkan Laporan Kemampanan 2026 yang mengetengahkan pencapaian dalam memajukan pengurusan ESG merentasi operasi domestik dan globalnya.
Laporan itu merangkumi sembilan isu ESG penting yang dikenal pasti menerusi penilaian dwikematanan, termasuk adaptasi dan mitigasi perubahan iklim, tenaga, perkhidmatan logistik mesra alam, pengurusan nilai pelanggan, pengurusan sumber manusia, keselamatan maklumat, pengurusan risiko, tatakelakuan perniagaan, serta enjin pertumbuhan baharu dan pempelbagaian perniagaan.
Satu sorotan utama daripada laporan tahun ini ialah peluasan skop pelaporan yang kini merangkumi tapak kerja global. Peluasan skop berkenaan mencerminkan kehadiran antarabangsa LX Pantos yang kukuh serta skala operasi luar negara yang kian berkembang.
Dari sudut alam sekitar, syarikat mengira emisi gas rumah hijau secara langsung Skop 1 dan emisi gas rumah hijau tidak langsung Skop 2 daripada operasi domestik serta lokasi luar negara yang utama. Pengesahan pihak ketiga turut memperkukuh kebolehpercayaan pendedahan alam sekitar oleh syarikat.
Dalam aspek sosial, LX Pantos mengumpul dan menganalisis data kakitangan daripada sembilan subsidiari di Eropah yang meliputi hak asasi manusia dan tenaga kerja, kesihatan dan keselamatan pekerjaan, keadaan kerja, pendidikan serta pembangunan kerjaya.
Dari sudut tadbir urus, laporan tersebut mengetengahkan kemajuan dalam Jeong-do Management, iaitu falsafah pengurusan syarikat yang berteraskan etika dan pematuhan. LX Pantos tidak mempunyai sebarang pelanggaran undang-undang yang besar berkaitan peraturan antirasuah dan perdagangan adil serta mencapai kadar penyempurnaan 100% bagi latihan Jeong-do Management pada 2025.
Laporan berkenaan disediakan selaras dengan GRI Standards 2021 dan merujuk rangka kerja ESG global termasuk SASB, Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs), UNGC dan TCFD. Sebuah agensi jaminan pihak ketiga bebas telah mengesahkan laporan tersebut bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaannya.
Pada 2025, LX Pantos turut memperoleh penarafan Gangsa daripada EcoVadis, penarafan B daripada Carbon Disclosure Project (CDP), pensijilan LEED Gold bagi MegaWise Cheongna Center, serta penarafan A+ di bawah Sistem Pengiktirafan Sumbangan Sosial Serantau yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Korea.
Mengulas mengenai pembentangan laporan ini, Lee Yong-ho, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif LX Pantos, berkata: "LX Pantos terus memajukan pengurusan kemampanannya dengan memperluas skop pengurusan ESG melangkaui Korea kepada operasi luar negara kami. Berpandukan visi ESG kami, 'Value Deliverer for People and the Planet' ('Pemberi Nilai kepada Manusia dan Bumi'), kami akan terus berhubung dengan pihak berkepentingan secara telus."
■ Latar Belakang LX Pantos
Ditubuhkan pada 1977, LX Pantos ialah penyedia logistik global terkemuka yang beribu pejabat di Korea. Syarikat menyediakan penyelesaian logistik komprehensif yang merangkumi logistik laut, udara, kereta api dan kontrak menerusi rangkaian di seluruh dunia yang meliputi lebih 40 negara.
Ketahui lebih lanjut mengenai LX Pantos secara dalam talian dan ikuti syarikat di LinkedIn .
SOURCE LX Pantos
Share this article