Dengan menggabungkan sukan fizikal elit dan esports berteknologi tinggi, Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) mempamerkan evolusi baharu dunia sukan, yang menggabungkan prestasi fizikal dan penguasaan digital di satu pentas global. Kelab dan atlet akan bersaing dalam lapan disiplin untuk merebut keseluruhan hadiah wang tunai melebihi AS$4 juta, manakala ribuan penonton dijangka hadir sepanjang kejohanan berlangsung.
Temasya ini dibuka secara rasmi menerusi Majlis Pembukaan yang penuh gilang-gemilang di Barys Arena, dengan Presiden Republik Kazakhstan, Tuan Yang Terutama Kassym-Jomart Tokayev, menyampaikan ucapan kepada atlet, tetamu dan penyokong, sekali gus mengalu-alukan kehadiran masyarakat dunia ke Astana bagi Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) pertama yang dianjurkan Kazakhstan.
Menggabungkan persembahan kebudayaan dengan teknologi imersif serta produksi bertaraf dunia, majlis tersebut meraikan warisan budaya Kazakhstan yang kaya, cita-cita negara itu serta visinya untuk masa depan, di samping merasmikan pembukaan Games of the Future Astana 2026 (Temasya Sukan Masa Depan Astana 2026). Dengan menghimpunkan delegasi kerajaan antarabangsa, menteri, pemimpin dalam bidang sukan, teknologi dan inovasi, rakan kerjasama serta penyokong utama pergerakan phygital global, Majlis Pembukaan itu mencerminkan peningkatan profil antarabangsa temasya ini sebagai platform yang menghubungkan sukan, teknologi dan budaya.
Pertandingan turut bermula hari ini apabila atlet memulakan saingan dalam Phygital Basketball yang dipersembahkan oleh Halyk Fund, dengan beberapa aksi berkualiti tinggi menjadi pembuka tirai kepada 12 hari pertandingan yang bakal berlangsung. PUBG Battle Royale: Battlegrounds yang dipersembahkan oleh Alatau City Bank serta MOBA PC Dota 2 yang dipersembahkan oleh CenterCredit akan bermula pada 31 Julai, manakala baki lima disiplin lain akan bermula dalam beberapa hari akan datang di empat venue bertaraf dunia di Astana.
Hari pembukaan turut menyerlahkan peranan Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) sebagai platform global yang melangkaui pertandingan semata-mata. Terdahulu pada hari yang sama, menteri kerajaan, pemimpin sukan antarabangsa, eksekutif teknologi dan pelabur berhimpun di Phygital Sport Summit 2026, yang diadakan di International Center of Artificial Intelligence "Alem AI", bagi membincangkan bagaimana kecerdasan buatan (AI), teknologi baharu dan inovasi sedang membentuk masa depan sukan.
Penceramah termasuk Menteri Pelancongan dan Sukan Kazakhstan Antara penceramah ialah Menteri Pelancongan dan Sukan Kazakhstan, Tuan Yang Terutama Yerbol Myrzabosynov; Duli Yang Teramat Mulia Puteri Sophia Wolkonsky, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Castillia; Ursula Romero, Ketua Pegawai Eksekutif International Sports Broadcasting (ISB); serta Menteri Sukan Emiriah Arab Bersatu, Tuan Yang Terutama Dr. Ahmad Belhoul Al Falasi.
Bercakap pada hari pembukaan, Ketua Pegawai Eksekutif Phygital International, Dan Merkley, berkata: "Games of the Future Astana 2026 (Temasya Sukan Masa Depan Astana 2026) merupakan satu lagi pencapaian penting bagi pergerakan phygital global. Dalam beberapa hari akan datang, atlet phygital terbaik dunia akan bersaing dalam lapan disiplin, mempamerkan kemahiran, inovasi dan kecemerlangan sukan yang menjadi teras era baharu sukan ini. Kami merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Republik Kazakhstan, Jawatankuasa Penganjur Tempatan serta semua rakan kerjasama yang telah menjayakan temasya ini. Kami menantikan kehadiran masyarakat dunia ke Astana untuk menyaksikan satu lagi edisi Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) yang tidak dapat dilupakan."
Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) kembali dianjurkan selepas kejayaan edisi bersejarah tahun 2025 di Abu Dhabi, yang mencatatkan lebih 461 juta tontonan siaran serta dianggarkan mencapai 137 juta penonton unik di seluruh dunia, sekali gus mencerminkan peningkatan minat antarabangsa terhadap sukan phygital.
Games of the Future Astana 2026 (Temasya Sukan Masa Depan Astana 2026) akan berlangsung sehingga 9 Ogos, dengan juara bagi kesemua lapan disiplin akan dinobatkan sepanjang kejohanan.
Peminat di seluruh dunia boleh menyaksikan setiap perlawanan secara langsung menerusi Phygital+, platform penstriman rasmi bagi Games of the Future 2026 (Temasya Sukan Masa Depan 2026), selain rangkaian rakan penyiaran antarabangsa yang terus berkembang, termasuk Fox Sports Mexico, StarTimes, BIGG TV, ESR TV, Play TV, Unbeaten dan QazSport.
Untuk mendapatkan jadual pertandingan, keputusan serta berita terkini kejohanan, layari laman web rasmi Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) atau ikuti acara ini di media sosial melalui Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.
Maklumat Tentang Phygital International (PI):
Phygital International ialah penganjur phygital sports pada peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Syarikat ini ialah penjaga dan pemegang hak Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), serta mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://phygitalinternational.com
Maklumat Tentang Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan, GOTF):
Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang merupakan kemuncak phygital sport, yang menggabungkan dunia sukan fizikal dan digital. Kejohanan ini menghimpunkan para wira phygital sporting generasi akan datang dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran phygital. Games of the Future 2025 (Temasya Sukan Masa Depan 2025) telah dianjurkan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), manakala Games of the Future 2026 (Temasya Sukan Masa Depan 2026) sedang berlangsung di Astana, Kazakhstan.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://gofuture.games/
Butiran Hubungan:
[email protected]
Share this article