Xinhua Silk Road: Budaya bangkitkan daya hidup, pembangunan berkualiti tinggi di Quanzhou, Timur China
BEIJING, 11 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Di Quanzhou, sebuah bandar yang terkenal sebagai pusat perdagangan besar maritim pada zaman Dinasti Song dan Yuan, kepelbagaian budaya serta usaha pemeliharaan dan pewarisan yang membuahkan hasil telah membuka jalan kepada pembangunan bandar yang dinamik dan berkualiti tinggi.
Selama bertahun-tahun, bandar yang memusatkan pelbagai warisan budaya tidak ketara (ICH) bertaraf dunia dan kebangsaan itu terlibat dalam usaha perlindungan holistik, pewarisan sistemik serta penggiatan inovatif terhadap warisan sejarah dan budaya tempatan.
Menerusi usaha padu, Quanzhou berupaya mengekalkan rupa bentuk asal peninggalan sejarah dan budayanya.
Sebagai contoh, Dewan Dacheng Kuil Confucius yang telah diubah suai di sana mengekalkan gaya asal, manakala jalan-jalan bersejarah dan budaya yang dipulihkan mengimbangi dengan baik keperluan kehidupan harian dan perlindungan landskap.
Amalan pemeliharaan yang pragmatik itu, bersama-sama penubuhan pusat perlindungan di pelbagai peringkat membantu bandar tersebut membentuk sebuah "bandar purba yang hidup" serta mewujudkan beberapa zon contoh bagi perlindungan peninggalan budaya yang cemerlang.
Di lorong dan jalan gaya purba yang boleh ditemui di bandar itu, warisan budaya disepadukan ke dalam kehidupan harian penduduk tempatan, yang bebas menghayati alunan melodi Quanzhou Nanyin berirama perlahan namun elegan, persembahan drama dengan boneka tampak hidup, atau keindahan lingkaran bunga yang mempesonakan dari Kampung Xunpu.
Apabila sistem budaya awam yang dirancang dengan baik berfungsi dengan lancar, karya budaya yang bermutu tinggi berkembang pesat di Quanzhou, yang menjadi tempat berhimpunnya kumpulan serta bakat kebudayaan dan kesenian bagi aktiviti komunikasi budaya dan pelbagai persembahan.
Pada masa ini, industri kebudayaan yang dipacu oleh kekayaan warisan budaya telah berkembang menjadi enjin kompetitif yang mendorong pembangunan berkualiti tinggi bandar tersebut.
Di Daerah Anxi, Tieguanyin bukan sahaja merupakan teh yang popular, malah turut menjadi sektor yang pesat membangun merangkumi ladang teh, lawatan sambil belajar kebudayaan dan inap desa.
Di Daerah Yongchun, potensi budaya pembuatan dupa tradisional telah dicungkil menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk dupa, perkhidmatan kesejahteraan berasaskan terapi dupa, penghasilan produk budaya dupa yang kreatif serta jualan berkaitan di dalam dan luar negara.
Di Daerah Dehua, porselin putih telah menembusi pasaran kelengkapan rumah moden, koleksi seni dan sektor produk fesyen kreatif, sekali gus mencetuskan sambutan hangat di tengah-tengah trend fesyen gaya Cina sohor kini.
Tahun lalu, nilai hasil pengeluaran industri teh Anxi, rantaian industri dupa Yongchun dan kluster industri seramik Dehua masing-masing mencecah 46.05 bilion yuan, 13.5 bilion yuan dan 76 bilion yuan.
Di Quanzhou, warisan budaya tidak ketara lain seperti ukiran batu dari Daerah Hui'an turut diteroka potensinya bagi menyumbang kepada pembentukan kelompok industri kebudayaan tempatan yang mempunyai ciri tersendiri.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/351667.html
SOURCE Xinhua Silk Road
Share this article