GAC Lancar "Hong Kong ACTION 2.0" dan Perkenal Julung Kali E9 Premium -- GAC Bawa Barisan Paling Popular ke Ekspo Auto Antarabangsa Hong Kong 2026, Percepat Pengembangan Global Berkualiti Tinggi
HONG KONG, 19 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Pada 18 Jun, Ekspo Auto Antarabangsa Hong Kong dibuka secara rasmi. Dengan memilih tema "All New GAC, Going Global" ("GAC Serba Baharu, Berkembang ke Peringkat Global"), GAC Group membawakan impak yang hebat menerusi barisan paling popular daripada tiga jenama utamanya iaitu GAC, AION dan HYPTEC. Di acara tersebut, GAC turut mengumumkan secara rasmi peningkatan strategik pelan "Hong Kong ACTION 2.0" serta memperkenalkan dua model yang amat dinanti-nantikan: E9 Premium baharu dan AION UT Elite.
Hong Kong mempunyai salah satu kadar penembusan kenderaan tenaga baharu (NEV) yang tertinggi di dunia. Pada masa ini, bahagian pasaran terkumpul GAC di Hong Kong telah mencapai 11% dan dipacu oleh prestasi pasaran yang kukuh dan syarikat juga berjaya mencapai lonjakan strategik daripada "pengikut" pasaran kepada "peneraju" dalam pasaran penanda aras global bagi tenaga baharu ini.
Setahun lalu, GAC memasuki Hong Kong melalui model dipacu ekosistem yang komprehensif dan melancarkan pelan penyetempatan "Hong Kong ACTION 1.0". Berasaskan kejayaan terdahulu dan demi memandang ke arah masa depan, Wei Haigang, Presiden GAC International, mengumumkan di sidang akhbar: "Pelan Hong Kong ACTION 2.0 dinaik taraf sepenuhnya!".
Memperkukuh Kecemerlangan Perkhidmatan: GAC akan terus memperluas rangkaian pusat servis bagi menjadikan penyelenggaraan, pembaikan dan penggantian alat ganti OEM lebih pantas dan lebih cekap.
Kemajuan Produk: Disesuaikan dengan keadaan jalan raya dan tabiat pemanduan tertentu di Hong Kong, GAC menaik taraf model tersebut secara besar-besaran bagi memperkenalkan E9 Premium baharu dengan kabin yang lebih mewah, keselesaan tunggangan yang dipertingkat dan jarak pemanduan tanpa sebarang kerisauan. Pada masa sama, AION UT Elite turut membuat penampilan rasmi sulungnya.
Ekosistem Terhubung: GAC membangunkan ekosistem mobiliti kitaran hayat penuh yang merangkumi pengisian semula tenaga, perkhidmatan digital, langganan perisian dan penyelesaian e-panggilan.
Tenaga Tanpa Bimbang: Tahun ini, GAC menjangkakan dapat bersama-sama membina 22 stesen pengecas yang dilengkapi 88 pengecas pantas, sambil mencapai kesalinghubungan merentasi 32 stesen dan 102 pengecas.
Memandang ke hadapan, GAC kekal komited dengan teguh terhadap strategi setempatnya: "Di Hong Kong, Untuk Hong Kong; Berintegrasi ke Hong Kong, Berkhidmat di Hong Kong dan Menyumbang kepada Hong Kong." Dengan memanfaatkan Hong Kong sebagai pintu masuk globalnya, GAC akan berganding bahu dengan Hong Kong untuk mengamalkan mobiliti yang lebih hijau dan lebih pintar demi kehidupan yang lebih baik, sekali gus melakar lembaran baharu dalam pengembangan global yang berkualiti tinggi bagi industri automotif China.
Untuk maklumat lanjut mengenai GAC, sila layari: https://www.gacgroup.com/en atau ikuti kami di media sosial.
SOURCE GAC
Share this article