Kepimpinan Global Didorong oleh Teknologi: DongCheng dianugerahkan kedudukan No. 1 dalam jualan pengisar sudut global selama tiga tahun berturut-turut (2022-2024)
NANTONG, China, 13 Jun 2026 /PRNewswire/ -- DongCheng, pengeluar alatan kuasa profesional utama, telah diiktiraf oleh Frost & Sullivan sebagai jenama pengisar sudut (angle grinder) paling laris terjual di dunia selama tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024. Pengiktirafan berprestij ini mengesahkan kedudukan peneraju pasaran DongCheng serta menyerlahkan daya saing globalnya yang tiada tandingan dalam barisan produk teras, disokong oleh keupayaan teknologi yang mantap.
"Mendapat gelaran jualan No.1 global menjadi bukti kukuh dedikasi DongCheng sejak dahulu lagi terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi teras secara dalaman serta kejayaan yang konsisten dalam bidang teknikal yang utama," kata Gu Jiacheng, Timbalan Pengurus Besar DongCheng. "Melangkah ke hadapan, kami akan terus meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan. Melalui inovasi teknologi termaju, kami akan menyediakan penyelesaian alatan profesional yang lebih cekap, tahan lama dan pintar kepada pengguna di seluruh dunia."
Faktor Menjadikan DongCheng Peneraju Global dalam Pengisar Sudut
Kepimpinan pasaran DongCheng dalam pasaran pengisar sudut seluruh dunia berpunca daripada keupayaan penyelidikan bebas yang kukuh serta piawaian jaminan kualiti yang ketat. Sehingga kini, DongCheng telah memfailkan lebih daripada 130 permohonan paten dan memperoleh lebih 120 paten yang diluluskan khusus untuk pengisar sudut, sekali gus membina kelebihan teknologi yang hebat.
Pengisar sudut DongCheng menonjol lantaran ciri keselamatan yang unggul, output kuasa, ketahanan, ergonomik dan keserasian sejagat:
- Perlindungan pengecasan dan nyahcas pintar membantu mengelakkan bateri daripada dicas berlebihan.
- Bateri litium ternari berprestasi tinggi menyediakan kuasa yang stabil semasa kerja pemotongan dan pengisaran.
- Pek bateri menyokong lebih 300 kitaran pengecasan. Ujian kualiti yang ketat memanjangkan tempoh guna serta mengurangkan kos penyelenggaraan.
- Reka bentuk kompak dan ergonomik dapat mengurangkan keletihan ketika penggunaan berpanjangan. Mematuhi piawaian industri global, alatan ini menunjukkan prestasi yang boleh dipercayai untuk kegunaan kediaman, pembinaan dan juga perindustrian.
Selain teknologi dan kualiti produk, DongCheng mengekalkan kelebihan pasaran yang kukuh melalui kecekapan kos, pengeluaran berskala besar dan jejak global yang bertapak kukuh. Pembangunan komponen teras secara dalaman dapat mengurangkan kos perolehan, manakala pengeluaran besar-besaran mengurangkan lagi kos perbelanjaan bagi seunit produk. Ini membolehkan jenama ini menawarkan produk pada harga yang kompetitif tanpa menjejaskan kualiti.
Bagi memenuhi keperluan yang berbeza-beza daripada pasaran antarabangsa, DongCheng telah membangunkan rangkaian penuh alatan untuk pelbagai senario penggunaan. Rangkaian jualan dan pengedarannya kini menjangkau lebih daripada 80 negara, dengan lebih 10,000 paparan jenama dalam kedai khusus beroperasi di luar negara.
Memandang ke hadapan, DongCheng akan terus memberi tumpuan kepada pengguna dan menjadikan inovasi sebagai terasnya. Syarikat akan terus memperkenalkan produk premium dan penyelesaian yang boleh dipercayai bagi membantu pelanggan di seluruh dunia membina kehidupan yang lebih baik.
SOURCE DongCheng
Share this article