WBBA Lancar AI-Net Secara Rasmi, Pensijilan Komunikasi Data Bertaraf Global untuk Menerajui Rangkaian 2030
BANGKOK, 16 Julai 2026 /PRNewswire/ -- Pada Sidang Kemuncak Pembangunan Jalur Lebar Asia Pasifik (BDS), World Broadband Association (WBBA) secara rasmi melancarkan AI-Net, pensijilan komunikasi data bertaraf global untuk negara dan pengendali telekomunikasi di seluruh dunia. Sebagai penanda aras baharu bagi infrastruktur digital, pensijilan ini menyediakan garis panduan strategik untuk membantu rangkaian global beralih daripada seni bina yang berteraskan keterhubungan kepada rangkaian dipacu kecerdasan, menggiatkan pembangunan infrastruktur dunia daripada era "Semua Awan" ke era "Semua Pintar" dan pada masa yang sama mempercepat evolusi generasi baharu dan transformasi pintar industri.
Pada masa ini, kecerdasan buatan (AI) sedang mengubah ekonomi global dengan menuntut kapasiti, kebolehskalaan dan tahap kecerdasan yang lebih tinggi daripada infrastruktur asas. Ketika industri beralih kepada Net5.5G, penunjuk tradisional seperti lebar jalur dan liputan tidak lagi mencerminkan daya saing sesebuah negara dalam era pintar. Sehubungan itu, WBBA memperkenalkan Pensijilan AI-Net yang memberi tumpuan kepada tiga tonggak baharu, iaitu panduan dasar negara, ekosistem industri yang kolaboratif serta kadar penembusan Net5.5G. Sistem penilaian yang sangat boleh diukur ini bertujuan mempercepat penggunaan Net5.5G di seluruh dunia dengan menyelaraskan dasar peringkat tertinggi bersama ekosistem industri bagi menanda aras kematangan teknologi secara sistematik.
Semasa pelancarannya, WBBA menghuraikan konsep pemerkasaan dua hala yang menjadi asas kepada Pensijilan AI-Net dengan menonjolkan dua nilai terasnya:
Yang pertama ialah "Rangkain untuk AI", yang meletakkan rangkaian sebagai asas kepada pengkomputeran pintar dan bukannya sekadar saluran penghantaran data. Dengan menyediakan prestasi yang deterministik — dicirikan oleh daya pemprosesan tinggi, sifar kehilangan paket dan kependaman ultra rendah — infrastruktur rangkaian moden mampu memaksimumkan potensi AI. Pendekatan ini memastikan penyelarasan yang lancar antara kuasa pengkomputeran dan penjadualan rangkaian, menjamin pengalaman berkualiti bagi permintaan yang elastik serta mengoptimumkan kecekapan data untuk latihan dan inferens model AI berskala besar.
Nilai kedua ialah "AI untuk Rangkaian", yang menyepadukan kecerdasan natif terus ke dalam peranti dan platform pengurusan. Dengan integrasi AI secara mendalam, rangkaian berubah daripada sistem penghalaan pasif kepada sistem kognitif aktif yang mempunyai kecerdasan dalaman, keupayaan pemulihan kendiri dan pengoptimuman berterusan. Perubahan struktur ini memacu infrastruktur ke arah operasi dan penyelenggaraan (O&M) "Berejen" dan AN L4 yang sangat automatik, sekali gus mengurangkan kerumitan operasi dan kos penyelenggaraan bagi pengendali di seluruh dunia.
Penilaian AI-Net meliputi dimensi makroekonomi dan mikroekonomi. Pada peringkat makroekonomi, pensijilan ini menilai penyelarasan dasar negara dan usaha membangunkan industri. Antara kriteria utama ialah rangka kerja dasar yang menyokong Net5.5G, IPv6 dan rangkaian pintar, di samping sumbangan aktif kepada piawaian global dan kerjasama ekosistem. Pada peringkat mikroekonomi pula, penilaian mengukur prestasi pengendali menggunakan Indeks Pembangunan Rangkaian IP (IPDI) yang diperkenalkan WBBA semasa MWC, bagi mengukur tahap kecerdasan rangkaian sebenar serta kepadatan penggunaan Advanced IP/Net5.5G, sekali gus mengenal pasti perintis Net5.5G.
Melangkaui Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network), skop pensijilan ini turut merangkumi asas digital hujung ke hujung dengan mengintegrasikan Rangkaian Pusat Data (Data Center Network) yang saling berhubung dan sistem keselamatan dalaman yang menyeluruh sebagai sebahagian daripada kriteria utama. Penyelarasan pelbagai dimensi ini bukan sahaja menyerlahkan wawasan strategik sesebuah negara, malah mengesahkan keupayaan rangkaian yang selamat dan menyeluruh yang disediakan oleh pengendali utama dalam sektor khusus seperti logistik automatik, peruncitan pintar dan bandar pintar.
"Sebagai penanda aras yang diyakini dan diiktiraf industri, AI-Net menjadikan Empat Daya (Four Forces) sebagai kemajuan yang boleh diukur ke arah Network 2030." Ke hadapan, WBBA akan memanfaatkan pensijilan ini untuk membina kesepakatan global dalam kalangan penggubal dasar, organisasi piawaian dan pengendali utama. Dengan mempercepat penyelarasan piawaian serta merapatkan jurang digital, inisiatif ini akan membina asas rangkaian yang "sedia-AI" bagi memacu industri menuju masa depan pintar menjelang 2030.
Latar Belakang World Broadband Association
World Broadband Association (WBBA) ialah sebuah organisasi dan platform terbuka pelbagai hala yang menghimpunkan pihak berkepentingan dalam industri awan dan jalur lebar bagi menangani serta memajukan matlamat bersama untuk memaksimumkan manfaat sosial dan ekonomi jalur lebar digital ultra pantas kepada masyarakat global. WBBA memperjuangkan manfaat yang boleh dibawa oleh jalur lebar kepada perniagaan, pengguna dan rakyat melalui infrastruktur rangkaian dan awan yang bersepadu.
SOURCE WBBA
Share this article