Zoomlion Ketengahkan Penyelesaian Perlombongan Termaju, Hijau dan Pintar di Ekspo Jentera Perlombongan Global 2026
CHANGSHA, China, 23 Mei 2026 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion") menganjurkan Ekspo Jentera Perlombongan Global 2026 di Changsha pada 16 Mei, menarik lebih 500 pelanggan dan rakan industri dari hampir 30 negara dan wilayah untuk melihat peralatan dan penyelesaian perlombongan terkininya.
Acara berkenaan, yang diadakan di Earthmoving Machinery Park, Zoomlion Smart City mengetengahkan kemajuan Zoomlion dalam tiga bidang: jentera muatan berat untuk lombong lelubang terbuka, peralatan elektrik dan hibrid bagi operasi perlombongan hijau, serta sistem pengangkutan autonomi dan pengurusan lombong.
Tiga model andalan menjadi tumpuan di pameran peralatan, termasuk jentera angkut beroda hibrid ZWL360, trak perlombongan pacuan elektrik hibrid ZTE450HEV dan mesin pengorek perlombongan dwienjin ZE1650G.
ZWL360 ialah jentera angkut beroda hibrid terbesar di dunia, dengan beban terkadar 36 tan dan kuasa gabungan 1,495 kilowatt. Ia menawarkan penjimatan tenaga melebihi 15% berbanding mesin setanding. ZTE450HEV pula membawa muatan 240 tan dan dikuasakan oleh rangkaian kuasa diesel-elektrik dengan sistem pemulihan tenaga. Mesin pengorek ZE1650G menggunakan dua enjin QSM15 secara serentak dan direka untuk beroperasi dalam keadaan mencabar.
Zoomlion mempamerkan lebih 40 produk dan komponen perlombongan tenaga baharu, termasuk trak perlombongan hibrid ZT160HEV dan trak perlombongan elektrik tulen ZT165EV. Mesin elektrik dan hibridnya kini beroperasi di puluhan lombong di peringkat global, dengan setiap unit mencatatkan lebih 8,000 jam perkhidmatan.
Syarikat turut mengetengahkan beberapa teknologi hijau proprietari di acara berkenaan. Sebagai contoh, Sistem Pengurusan Tenaga Super Adaptif ZM-i menggerakkan mesin hibridnya menerusi seni bina "hibrid sebenar" yang mengoperasikan enjin diesel dan motor elektrik secara serentak dalam keadaan beban berat, berbanding bergilir-gilir antara kedua-duanya. Ujian syarikat merekodkan pengurangan penggunaan bahan api sebanyak 20% dan peningkatan kecekapan kendalian sebanyak 11.2%.
Pengangkutan autonomi merupakan satu lagi fokus utama. Zoomlion telah mengoperasikan hampir 100 trak perlombongan tanpa pemandu di pelbagai lokasi di China, yang mana trak berkenaan mampu melakukan pengemudian autonomi, pengelakan halangan dan tugas terkoordinasi bersama mesin pengorek. Di ekspo itu, syarikat mendemonstrasikan keupayaan tersebut secara langsung, dengan mengendalikan mesin pengorek kawalan jauh ZE985G, trak perlombongan elektrik tulen ZT118EV dan trak perlombongan hibrid ZT160HEV melalui demonstrasi gali-muat-angkut terkoordinasi yang menggabungkan operasi jarak jauh dan pengangkutan autonomi.
Zoomlion turut memperkenalkan dua platform perisian di acara itu: Mine Smart Supervision Platform 2.0 dan Mine Operation & Diagnosis Platform 2.0. Sistem itu menstrim data peralatan dari lapangan ke awan bagi mengupayakan pemantauan masa nyata, ramalan kerosakan dan penjejakan penyelenggaraan.
Syarikat turut memperkenalkan sistem penilaian lombong pintar yang menganalisis keadaan tapak, memodelkan penggunaan tenaga dan mengesyorkan konfigurasi peralatan berdasarkan setiap lombong. Ia sudahpun digunakan di lebih 150 lombong dan menyiapkan lebih 200 pelan projek tersuai.
Yuan Ye, naib presiden Zoomlion, berkata syarikat akan terus melabur dalam asas teknikalnya untuk memacu inovasi dan mempererat kerjasama dengan pelanggan di seluruh dunia.
SOURCE Zoomlion
Share this article