450 MHz LTE: Grid Lebih Kukuh, Lebih Pintar untuk Brazil
BELO HORIZONTE, Brazil, 8 Mei 2026 /PRNewswire/ -- Setiap hari, berjuta-juta rakyat Brazil menekan butang. Mereka menghidupkan komputer, memulakan mesin pengeluaran dan tenaga terhasil dengan mudah. Namun, proses yang berlaku di sebalik butang berkenaan menjadi jauh lebih kompleks. Permintaan telahpun berubah: Teknologi baharu, corak penggunaan baharu, piawaian kualiti baharu. Dalam senario baharu ini juga, satu perkara kekal sebagai prasyarat mutlak bagi sebarang cita-cita ekonomi: Tenaga yang tersedia, berterusan dan cekap.
Sektor kuasa Brazil ialah salah satu sektor terbesar dan paling kompleks di dunia: Sekitar 90 juta unit pengguna. Lebih 700,000 kilometer rangkaian pengedaran. Sebuah infrastruktur yang tidak boleh berhenti, selama-lamanya. Sememangnya dalam konteks inilah, CEMIG, Companhia Energética de Minas Gerais (CEMIG), mengambil keputusan untuk memajukan transformasi digitalnya.
Sandro Bernardes, Pengurus Projek Rangkaian dan Telekomunikasi VPI/TC CEMIG, berkata: CEMIG dianggap sebagai syarikat tenaga elektrik bersepadu terbesar di Brazil, beroperasi dalam penjanaan, penghantaran, pengagihan dan pengkomersialan tenaga. Terdapat 774 majlis perbandaran yang mendapat perkhidmatan di negeri Minas Gerais dengan lebih 9 juta pelanggan mendapat bekalan merentas seluruh kawasan konsesi kami. CEMIG mengendalikan salah satu grid kuasa paling luas di Brazil, dengan misi untuk menyediakan tenaga berkualiti kepada penduduk Minas Gerais, tenaga yang selamat dari bandar-bandar utama ke kawasan luar bandar, bermula daripada industri hinggalah perniagaan tani. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, CEMIG melaksanakan pelan pelaburan terbesar dalam sejarahnya:
Menggandakan bilangan pencawang, memperluas kapasiti serta memodenkan operasi. Namun, bagi mengekalkan pengembangan ini, kami telah mengenal pasti satu batasan: liputan penyelesaian telekomunikasi kami, sistem elektrik CEMIG terus berkembang untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk Minas Gerais dengan peningkatan tahap keselamatan, kualiti serta daya tahan. Infrastruktur telekomunikasi kami perlu berkembang seiring dengan pertumbuhan ini dan tersedia di kesemua kemudahan kami.
Dalam senario ini, CEMIG mencari rakan strategik. Huawei dipilih melalui proses bidaan awam yang melaluinya syarikat membentangkan cadangan terbaik yang memenuhi keperluan teknikal yang diwujudkan untuk penyelesaian kuasa elektrik. Melalui Huawei Electric Power eLTE Private Network Solution, CEMIG akan mengendalikan rangkaian telekomunikasi berkapasiti tinggi yang meliputi seluruh negeri dan diurus secara berpusat dari pusat kawalan kami. Bagi CEMIG, kerjasama ini melangkaui teknologi. Ia melibatkan peruntukan modal yang cekap dengan nisbah kos-faedah terbaik. Ia juga mengupayakan pemodenan aset. Tambahan pula, sistem telekomunikasi yang mencukupi penting untuk operasi dan automasi yang selamat. Di samping itu, langkah seterusnya untuk sektor ini ialah penerimagunaan rangkaian persendirian seperti LTE. Selepas menjalankan kajian dalaman dan juga luaran, CEMIG memilih frekuensi 450 MHz. Frekuensi ini mematuhi standard 3GPP dan menawarkan ekosistem hujung-ke-hujung yang matang. Ia membolehkan liputan luas serta sambungan berskala besar. Ia turut memberikan kebolehpercayaan tinggi serta kecekapan kos yang mantap. Ia diterima pakai di peringkat global oleh sektor tenaga. Huawei pula merupakan salah satu penggiat utama bagi penyelesaian kuasa elektrik.
Ketahui lebih lanjut mengenai Huawei Electric Power eLTE Private Network Solution: https://e.huawei.com/en/solutions/enterprise-wireless/industry-wireless/power-wireless-lte-g
Tonton video:
https://e.huawei.com/en/videos/campaign/grid/0d952146b07f46c5af1b3a700a1d4898
SOURCE Huawei

Share this article