MiTAC Computing Technology USA Corporation Umum Pembukaan Besar-besaran Pejabat Newark Diperluas Pacu Pertumbuhan Infrastruktur A.S.
NEWARK, California, 11 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- MiTAC Computing Technology Corporation, peneraju global dalam penyelesaian pelayan berprestasi tinggi dan cekap tenaga serta subsidiari MiTAC Holdings Corporation (TWSE:3706), mengumumkan pembukaan besar-besaran kemudahan operasinya yang diperluas di Newark, California bagi MiTAC Computing Technology USA Corporation. Peluasan strategik berkenaan memperkukuh pelaburan MiTAC dalam infrastruktur teknologi Amerika Utara, inovasi bersama pelanggan dan pertumbuhan perusahaan jangka panjang.
Kemudahan yang dinaik taraf itu memperkukuh skala operasi dan keupayaan kejuruteraan MiTAC merentasi empat pusat kecemerlangan teras:
- Unit Pengenalan Produk Baharu (NPI): Dibina khusus untuk seni bina berskala rak dengan sistem penyejukan udara dan cecair termaju yang mengupayakan penghasilan prototaip yang pantas serta pengujian pelanggan secara jarak jauh.
- Makmal Kejuruteraan: Menyediakan pengesahan sistem perkakasan dan perisian yang menyeluruh secara hujung-ke-hujung bagi beban kerja AI perusahaan dan awan.
- Pusat Pengalaman Pelanggan (CEC): Menghubungkan pelanggan hiperskala dan pelanggan perusahaan secara langsung dengan infrastruktur pelayan-hingga-kluster tindanan penuh MiTAC yang terkini.
- Pusat Perkhidmatan: Menyediakan sokongan teknikal pascapelaksanaan khusus, pengurusan kitaran hayat dan perkhidmatan lapangan.
"Kemudahan baharu ini mencerminkan komitmen berterusan MiTAC untuk memperkukuh kehadiran kami bersama-sama pelanggan dan rakan kongsi ekosistem A.S. kami," kata Raymond Huang, Pengurus Besar MiTAC Computing Technology USA Corporation. "Menerusi peluasan ini, kami menyediakan secara langsung perkhidmatan kejuruteraan, pengujian, pengesahan dan analisis kegagalan (FA) di peringkat tempatan bagi memperkukuh operasi jualan dan pembuatan A.S. kami. Dengan menggandingkan sokongan setempat dengan warisan pembuatan termaju kami, peluasan ini mewujudkan sebuah hab kolaboratif untuk mempercepat tempoh ke pasaran bagi infrastruktur pusat data generasi akan datang. Kami tidk sabar menantikan peluang yang akan diwujudkan oleh kemudahan ini bagi inovasi dan kerjasama serantau."
Majlis pembukaan tersebut menghimpunkan tokoh masyarakat, pelanggan utama, rakan kongsi industri strategik dan wakil komuniti bagi upacara rasmi pemotongan reben, sesi perangkaian eksekutif, lawatan kemudahan berpandu serta demonstrasi interaktif yang memaparkan keupayaan kejuruteraan sistem hujung-ke-hujung MiTAC.
MiTAC berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Datuk Bandar Newark Michael Hannon yang menyampaikan ucapan dan menyerahkan sijil bagi pihak bandar raya, bersama-sama Ahli Majlis Bandar Raya Newark Eve Marie Little, Pengurus Bandar Raya David Benoun, Pengarah Pembangunan Komuniti Steven Turner, Timbalan Pengarah Pembangunan Ekonomi Angela Tsui, serta Ketua Pegawai Eksekutif Newark Chamber of Commerce Lily Mei.
MiTAC Computing Technology USA Corporation merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Bandar Hannon, tetamu kehormat bandar raya kami, pelanggan yang dihargai, rakan kongsi strategik serta penaja acara—AMD, Micron, SanDisk, TDS dan D&H—atas sokongan dan komitmen bersama mereka dalam memacu inovasi merentasi landskap AI.
Latar Belakang MiTAC Computing Technology USA Corporation
MiTAC Computing Technology Corp., subsidiari MiTAC Holdings Corporation (TWSE:3706) menyediakan penyelesaian pelayan komprehensif dan cekap tenaga yang disokong oleh kepakaran industri bermula sejak tahun 1990-an lagi. Dengan pengkhususan dalam AI, pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC), awan dan pengkomputeran pinggir, MiTAC Computing mengguna pakai metodologi ketat bagi memastikan kualiti tanpa kompromi—merangkumi barebone, sistem, seni bina berskala rak dan pelaksanaan peringkat kluster—demi mencapai prestasi dan integrasi sepenuhnya.
MiTAC Computing Technology USA Corporation komited untuk menyampaikan inovasi, prestasi dan perkhidmatan khusus kepada pelanggan serta rakan kongsi di seluruh Amerika Utara.
Laman web MiTAC Computing Technology Corporation: https://www.mitaccomputing.com/
SOURCE MiTAC Computing Technology Corporation
Share this article