CGTN: Apa ditunjukkan oleh permulaan kukuh China bagi tempoh Rancangan Lima Tahun ke-15
CGTN meneliti faktor-faktor di sebalik daya tahan dan daya hidup ekonomi China. China memperdalam secara berterusan pembaharuan dan keterbukaan, memajukan kemandirian dalam sains dan teknologi, memastikan autonomi rantaian industri, serta memperkukuh pemacu dalaman pertumbuhan ekonomi — kesemuanya merupakan faktor utama di sebalik prestasi memberangsangkan ekonomi China pada permulaan Rancangan Lima Tahun ke-15.
BEIJING, 29 April 2026 /PRNewswire/ -- Ekonomi China telah bermula kukuh dalam tempoh Rancangan Lima Tahun ke-15 (2026-2030) biarpun berdepan tekanan luaran dan ketegangan perdagangan, menurut mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang diadakan pada Selasa. Pertumbuhan ekonomi kekal stabil, kapasiti industri terus meningkat, dan sokongan dasar membantu menstabilkan jangkaan.
Bagi ekonomi berskala China, kemampuannya mengekalkan paras momentum ini bukan sahaja membuktikan daya tahannya, malah keupayaannya menyesuaikan diri dan terus maju dalam keadaan yang berubah-ubah.
Hala tuju dasar Rancangan Lima Tahun ke-15, yang tidak lagi bergantung terutamanya kepada tanah, harta benda dan pelaburan besar, seperti mana yang biasa dilakukan dalam strategi pertumbuhan lama dan kini beralih kepada teknologi, inovasi serta pembangunan berkualiti tinggi.
Dengan memberi tumpuan kepada kuasa produktif kualiti baharu – berteknologi tinggi, berkecekapan tinggi dan berkualiti tinggi, selaras dengan falsafah pembangunan hijau baharu – China menyasarkan bukan sekadar pertumbuhan yang lebih pantas, tetapi pertumbuhan yang lebih pintar, dengan produktiviti yang lebih baik, daya saing yang lebih mantap dan pembangunan yang lebih mampan.
Sepanjang tempoh Januari hingga Mac, pembuatan berteknologi tinggi mencatatkan pertumbuhan kukuh, dengan keuntungan meningkat 47.4% dan menambah 7.9 mata peratusan kepada pertumbuhan keuntungan industri keseluruhan, menurut Biro Statistik Negara. Kemajuan pesat dalam industri berkaitan AI dan semikonduktor meningkatkan keuntungan dalam pembuatan gentian optik sebanyak 336.8% yang amat besar, pembuatan peranti optoelektronik (43%), dan pembuatan peranti paparan (36.3%).
Rancangan Lima Tahun ke-15 dibuat bilamana China sedang mencapai kemajuan berterusan dalam keterbukaan. Kini, China mempunyai 23 zon perdagangan bebas perintis, yang menyumbang kira-kira 20% daripada pelaburan asing dan perdagangan negara. Senarai negatif untuk pelaburan asing, yang menyenaraikan sektor-sektor yang tidak dibenarkan kepada pelabur asing, telah dipendekkan kepada 29 item. Khususnya, semua sekatan ke atas pelaburan asing dalam sektor pembuatan telah dihapuskan.
Keterbukaan China kini bukan lagi sekadar berkaitan jumlah perdagangan atau pelaburan asing. Ia semakin tertumpu kepada keterbukaan institusi, akses pasaran, persekitaran perniagaan yang lebih baik, serta penjajaran yang lebih kukuh dengan standard antarabangsa.
Pada masa sama, permintaan domestik menjadi enjin pertumbuhan yang penting. Dalam taklimat media pada 17 April, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara menyatakan bahawa pelan tindakan khas akan dilaksanakan untuk memperluas permintaan domestik dari 2026 hingga 2030.
Sebagai ekonomi kedua terbesar, pasaran domestik China mempunyai potensi yang amat besar dan pemanfaatan potensi berkenaan akan menyokong pengembangan yang lebih stabil dan mampan. Dengan memperkukuh penggunaan dan memperluas edaran domestik, negara ini sedang membina asas pembangunan yang lebih luas.
Daripada sekadar mengejar keuntungan jangka pendek, China memikirkan dengan teliti bagaimana caranya membina ekonomi yang lebih kukuh dan lebih seimbang dari semasa ke semasa. Rancangan Lima Tahun ke-15 bermula dengan kekuatan nyata: ekonomi menunjukkan daya tahan, keterbukaan terus berkembang dari segi kualiti dan kedalaman, serta permintaan domestik diberi kepentingan strategik yang lebih besar.
Kesemua ini merupakan petanda pendekatan pembangunan yang yakin dan adaptif. Daripada melihat cabaran semasa sebagai halangan, China memanfaatkannya untuk menaik taraf model pertumbuhan dan membina masa depan yang lebih dinamik.
SOURCE CGTN
Share this article