HCLTech Dinamakan Antara Syarikat Paling Mampan di Dunia oleh Majalah TIME
NEW YORK dan NOIDA, India, 8 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- HCLTech (NSE: HCLTECH) (BSE: HCLTECH), syarikat teknologi global terkemuka, telah dinamakan dalam senarai World's Most Sustainable Companies 2026 oleh TIME, menandakan tahun kedua berturut-turut ia menerima pengiktirafan berkenaan. Tahun ini, HCLTech berada di kedudukan lima teratas syarikat perkhidmatan profesional global dan merupakan syarikat beribu pejabat di India yang berada pada kedudukan tertinggi dalam kategori tersebut.
Dihimpunkan oleh TIME dengan kerjasama Statista, penarafan ini menilai lebih daripada 5,800 syarikat global merentasi 20 indikator kelestarian yang merangkumi komitmen dan penilaian, pelaporan dan ketelusan, serta pengurusan alam sekitar dan sosial.
Pengiktirafan ini mencerminkan tumpuan berterusan HCLTech untuk sejajar dengan UN Global Compact dan Matlamat Pembangunan Mampan. Pada Tahun Kewangan 2026, syarikat itu menetapkan penanda aras baharu dalam kepimpinan pengurusan air dengan menambah semula air 51 kali ganda lebih banyak daripada jumlah yang digunakan, serta mengekalkan pensijilan platinum sisa sifar ke tapak pelupusan di semua kemudahan milik syarikat. HCLTech juga telah mempercepatkan perjalanan capai pelepasan karbon sifar bersih dengan mencapai sasaran pelepasan yang disahkan oleh SBTi untuk tahun 2030 empat tahun lebih awal daripada jadual.
"Pengiktirafan oleh TIME bagi tahun kedua berturut-turut ini mencerminkan kemajuan yang kami capai dalam menerapkan kelestarian dengan lebih mendalam ke dalam teras perniagaan kami, seterusnya memajukan ambisi sifar bersih kami menjelang 2040," kata Vipul Arora, Ketua Kelestarian Global di HCLTech. "Tumpuan kami kekal pada skala impak menerusi inovasi, kerjasama, dan amalan bertanggungjawab yang membolehkan nilai jangka panjang bagi para pelanggan, komuniti, serta ekosistem yang lebih luas."
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan kemampanan HCLTech, lawati: www.hcltech.com/sustainability/2026-sustainability-report
Maklumat tentang HCLTech
HCLTech ialah syarikat teknologi global yang mempunyai lebih 223,000 warga kerja merentas 60 negara, menyediakan keupayaan peneraju industri yang berteraskan AI, digital, kejuruteraan, awan dan perisian, diperkasa oleh portfolio luas perkhidmatan dan produk teknologi. Kami bekerjasama dengan pelanggan merentas semua industri menegak utama, menyediakan penyelesaian industri untuk Perkhidmatan Kewangan, Pembuatan, Sains Hayat dan Penjagaan Kesihatan, Teknologi & Perkhidmatan, Semikonduktor, Telekom dan Media, Runcit dan CPG, Mobiliti serta Perkhidmatan Awam. Hasil disatukan pada 12 bulan berakhir Jun 2026 berjumlah $14.8 bilion. Untuk mengetahui cara kami boleh mempercepat kemajuan anda, sila kunjungi hcltech.com.
Untuk butiran lanjut, sila hubungi:
Meredith Bucaro, Americas - [email protected]
Elka Ghudial, Eropah - [email protected]
James Galvin, APAC - [email protected]
Nitin Shukla, India, Timur Tengah & Afrika - [email protected]
Share this article