Rantaian Kenderaan Pintar di Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China ke-4: Menjadikan Perjalanan Lebih Mudah
CATL, XPeng, SERES dan peneraju industri lain mempamerkan inovasi mobiliti pintar rantaian menyeluruh
BEIJING, 27 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Segmen Rantaian Kenderaan Pintar di Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) keempat telah dibuka di Dewan E2, China International Exhibition Center (Tapak Shunyi). Bertemakan "Making Travel More Convenient" ("Menjadikan Perjalanan Lebih Mudah"), segmen tersebut menghimpunkan penggiat utama daripada seluruh ekosistem kenderaan pintar untuk mempamerkan kemajuan dalam teknologi elektrifikasi, pemanduan pintar dan kenderaan terhubung, merangkumi setiap peringkat dalam rantaian nilai automotif, bermula daripada bahan mentah dan komponen teras hinggalah kenderaan elektrik dan infrastruktur pengecasan.
Kerjasama Rantaian Bekalan Dipamerkan
Peneraju industri seperti SERES, Geely dan Dongfeng menjadi tumpuan bersama pembekal utama mereka, sekali gus memperlihatkan kerjasama erat merentas rantaian bekalan automotif. Delegasi serantau yang mewakili kluster bateri litium Yichun, sektor pembuatan tenaga bersih Ganzhou, serta taman industri semikonduktor dan litar bersepadu (IC) Nansha turut mempersembahkan keupayaan rantaian bekalan bersepadu yang merangkumi keseluruhan proses, daripada perolehan bahan mentah hinggalah kitar semula bateri.
Teknologi Baharu Menjadi Tumpuan
CATL membuat penampilan sulung global bagi beberapa produk bateri baharu, manakala Gotion High-tech mempamerkan penemuan terkini dalam teknologi bateri keadaan pepejal. Cip AI Turing keluaran XPeng dan robot humanoid IRON muncul bersama di pameran itu, manakala algoritma pemanduan autonomi berasaskan pembelajaran pengukuhan daripada Momenta memberikan gambaran tentang gelombang teknologi pemanduan pintar yang seterusnya. Penyelesaian sistem rentas domain oleh Bosch dan demonstrasi kitaran hayat bateri gelung tertutup Tesla menonjolkan keluasan inovasi yang sedang berlaku dalam sektor kenderaan pintar.
Konsep Mobiliti Baharu Berkembang Melangkaui Jalan Raya
Kereta terbang yang diinkubasi oleh GAC, GOVY AirCab membuat penampilan sulungnya, manakala Federation of Automobile and Motorcycle Sports of China bekerjasama dengan beberapa universiti untuk mempamerkan kereta lumba berkuasa hidrogen dan kenderaan Formula Student autonomi bagi menggambarkan bagaimana perkembangan dalam mobiliti altitud rendah mula bersilang dengan pengangkutan darat. Inovasi pelengkap seperti teknologi pengecasan super tahap megawatt untuk trak tugas berat daripada Winline Technology serta sistem pensterilan UV dalam-kenderaan oleh Zhongke Lu'an turut memberikan gambaran awal mengenai penyelesaian mobiliti masa depan yang direka agar menjadi lebih selamat, lebih bersih dan lebih cekap.
Daripada bahan baharu dan sistem rangkaian kuasa hinggalah pemanduan pintar dan penyelesaian altitud rendah, segmen tersebut mempamerkan keluasan inovasi yang sedang membentuk semula masa depan pengangkutan. CISCE akan terus berperanan sebagai jambatan bagi kerjasama yang saling menguntungkan antara penggiat di peringkat huluan dan hiliran rantaian bekalan, sekali gus menjadikan mobiliti lebih pintar dan lebih mudah, di samping membantu mengubah teknologi canggih menjadi kegunaan dalam dunia sebenar.
SOURCE China International Supply Chain Expo
Share this article