Tribesigns Perluas Kerjasama dengan Peruncit Kelengkapan Rumah A.S. Terkemuka di Las Vegas Market 2026
NEW YORK, 7 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Tribesigns, pengeluar dan peruncit perabot yang diiktiraf di peringkat global, memperluas penglibatannya dengan peruncit kelengkapan rumah A.S. yang terkemuka di Las Vegas Market 2026 apabila wakil kanan daripada rakan kongsi runcit yang utama mengunjungi reruai syarikat untuk melihat koleksi perabot yang terkini.
Antara pengunjung yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Wayfair, Niraj Shah dan pasukannya, Amazon Justin dan pasukannya, serta pasukan The Home Depot Furniture yang diketuai oleh Christa Endler, Online Merchant Digital Decor. Kunjungan mereka menyerlahkan hubungan Tribesigns yang semakin kukuh dengan peruncit kelengkapan rumah A.S. yang utama dan turut menyediakan peluang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai inovasi produk, keutamaan pengguna yang kian berubah serta kerjasama pada masa akan datang.
Di acara pameran itu, Tribesigns mempamerkan koleksi perabot yang merangkumi ruang tamu, ruang makan dan ruang simpanan, sekali gus mengetengahkan pendekatannya dalam mencipta perabot fungsian yang serba guna demi kehidupan moden.
Las Vegas Market ialah sebuah acara perdagangan kelengkapan rumah terkemuka di Las Vegas, Nevada yang menghimpunkan peruncit, pembeli, pereka, pengedar dan jenama bagi meneroka produk baharu, bertukar-tukar pandangan mengenai industri serta meninjau peluang perniagaan.
Diinspirasikan oleh falsafah "Designed for Life" ("Direka untuk Kegunaan Sepanjang Hayat"), Tribesigns membangunkan perabot fungsian dalam pelbagai kategori kediaman. Sepanjang 15 tahun lalu, jenama ini telah membina portfolio pelbagai yang kini menembusi lebih 30 juta isi rumah di seluruh dunia menerusi rakan kongsi runcit di pasaran global.
"Kami menghargai seikhlas hati kepercayaan dan sokongan berterusan daripada rakan kongsi strategik kami," kata Peter Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Tribesigns. "Las Vegas Market memberi kami satu lagi peluang berharga untuk bertemu pasukan Wayfair, Amazon dan The Home Depot, bertukar-tukar idea serta memahami dengan lebih baik bagaimana keperluan pengguna terus berkembang. Perbincangan tersebut membantu membentuk strategi produk kami, dan kami berharap dapat terus mengukuhkan hubungan ini, sambil memperkenalkan perabot yang direka dengan teliti kepada lebih ramai pelanggan di seluruh pasaran A.S."
Latar Belakang Tribesigns
Tribesigns ialah pereka dan pengeluar perabot global yang terkemuka. Menerusi slogan "Designed For Life" ("Direka untuk Kegunaan Sepanjang Hayat"), falsafahnya menghargai kepelbagaian gaya hidup peribadi serta kepentingan membuat pilihan yang peka terhadap alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tribesigns, sila layari Tribesigns.com, terokai peluang B2B Tribesigns, atau ikuti jenama ini di Facebook, Instagram, YouTube, Pinterest, dan TikTok.
SOURCE Tribesigns
Share this article