Huawei Bantu Pengendali Telekom Global Jana Keuntungan daripada Token melalui Integrasi Perkhidmatan-Rangkaian-Pengkomputeran
Shanghai, 25 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Di MWC Shanghai tahun ini, Huawei mempamerkan inovasi terkininya yang mengintegrasikan perkhidmatan, rangkaian dan pengkomputeran bagi mendayakan pertumbuhan dari segi bait dan token, serta membantu industri telekomunikasi merebut peluang yang dibawa oleh perkembangan pesat model AI dan ejen AI. Berteraskan tema "Advancing All Intelligence" ("Memajukan Semua Kecerdasan"), syarikat bermatlamat untuk turut serta bersama pengendali telekomunikasi global, rakan industri dan pemimpin pendapat utama bagi meneroka ketersambungan dan pengkomputeran yang dipertingkat, paut naik tinggi 5G-A dan pengewangan pengalaman serta penaiktarafan perniagaan berkuasa AI.
Di MWC Shanghai 2026, David Wang, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengerusi Bergilir Huawei, menyampaikan ucaptama mengenai bagaimana AI sedang mentransformasikan rangkaian mudah alih, sekali gus membuka laluan kepada pertumbuhan industri bagi dekad akan datang.
Sepanjang 40 tahun lalu, inovasi dalam teknologi mudah alih daripada satu generasi kepada generasi berikutnya menjadi asas kejayaan industri. "Dengan setiap generasi, kami menerobos batas kecekapan spektrum dan prestasi," kata Wang. "Seni bina rangkaian diratakan secara beransur-ansur, dengan senario dan perkhidmatan aplikasi baharu muncul di merata tempat. Keadaan ini memperluas sempadan komunikasi secara konsisten, sekali gus membantu pengendali telekomunikasi menterjemahkan keupayaan rangkaian kepada nilai komersial."
"Apabila komunikasi mudah alih memasuki era kecerdasan, terdapat enam keperluan utama yang akan membuka laluan untuk mencapai pertumbuhan industri bagi dekad akan datang." Keperluan itu termasuk:
- Membangunkan perkhidmatan dan keupayaan baharu untuk sistem komunikasi mudah alih masa depan
- Mengintegrasikan AI dengan komunikasi mudah alih bagi membina tiga lapisan kecerdasan yang berbeza
- Membina seni bina rangkaian untuk komunikasi satelit-darat bersepadu
- Menyokong perancangan dan peruntukan spektrum yang mampan serta berorientasikan masa depan
- Mentakrifkan dengan jelas spesifikasi rangkaian teras natif-AI
- Meneroka model perniagaan dan senario aplikasi baharu untuk perkhidmatan mudah alih
Huawei melancarkan pelbagai jenis inovasi sepanjang acara tersebut. Dari segi perkhidmatan, syarikat bersama tiga pengendali telekomunikasi utama China memperkenalkan inovasi teknologi dan perniagaan bagi paut naik tinggi 5G-A dan pengewangan pengalaman, penaiktarafan perniagaan berkuasa AI dan pengewangan token. Bagi infrastruktur pula, Huawei melancarkan rangkaian sasaran berpusatkan AI yang membantu pengendali telekomunikasi meningkatkan daya saing dalam pengewangan bait serta token. Sebagai sebahagian daripada rangkaian sasaran berpusatkan AI ini, rangkaian komunikasi asas memberi penekanan kepada peralihan daripada rangkaian berpusatkan trafik kepada rangkaian untuk interaksi masa nyata bagi menawarkan ketersambungan yang dijamin kepada pengguna. Ia turut memanfaatkan paut naik tinggi dan paut turun, selain teknologi dan rangkaian yang dijamin untuk memberikan sambungan yang berkualiti tinggi kepada pengguna. Rangkaian pengkomputeran pula menekankan peralihan daripada pengangkutan trafik kepada penjadualan dan pembekalan pengkomputeran seluruh rangkaian, dengan rangkaian direka untuk pengkomputeran dan penyambungan ke rangkaian setara dengan mengakses kuasa pengkomputeran. Infrastruktur pengkomputeran AI pula memberi penekanan kepada prestasi dan kecekapan tinggi serta sokongan terhadap ekosistem sumber terbuka dan ekosistem terbuka
Sehingga kini, jumlah pengguna 5G-A di seluruh dunia telah melebihi 100 juta orang. Huawei kini bekerjasama dengan pengendali telekomunikasi global untuk memajukan pengewangan pengalaman 5G-A dan menjadikan 5G-A sebagai bahagian penting dalam operasi asas terpasang, dalam usaha untuk mengekalkan pengguna kelas pertengahan dan kelas atasan, meningkatkan purata hasil setiap pengguna (ARPU) serta memenuhi keperluan pengguna demi pertumbuhan hasil yang mampan.
Paut naik tinggi merupakan keupayaan penting dalam infrastruktur rangkaian pengendali telekomunikasi pada era pengewangan token. Keperluan paut naik untuk AI mudah alih menjadi semakin menonjol: cermin mata AI kini boleh digunakan untuk terjemahan dan melihat pameran melalui interaksi berbilang mod secara masa nyata yang memerlukan kelajuan paut naik 20 Mbps. Tahun ini, pengendali telekomunikasi yang utama di seluruh dunia sedang bergerak pantas untuk meneroka perkhidmatan paut naik tinggi komersial melalui pelbagai keupayaan bagi menjamin kelajuan puncak, kependaman dan kelajuan universal paut naik.
Ledakan penggunaan ejen AI dijangka memacu pertumbuhan pesat perkhidmatan token, yang akan memerlukan rangkaian ultra-jalur lebar yang menyokong paut naik tinggi, kebolehpercayaan tinggi dan kependaman rendah. Upper-6 GHz (U6 GHz) dianggap sebagai jalur frekuensi emas generasi seterusnya untuk rangkaian tersebut, dan seluruh ekosistem industri bersiap sedia menggunakannya. Dari perspektif kolaborasi global, lebih 20 negara dan wilayah telah menetapkan dengan jelas U6 GHz untuk International Mobile Telecommunications (IMT) yang meliputi hampir 80% daripada populasi dunia. Pada tahun 2026, yang menyaksikan pengenalan sulung komersial U6 GHz, Timur Tengah dijangka menggunakan rangkaian 5G-A komersial pertama dunia yang beroperasi dengan U6 GHz. Beberapa pengendali telekomunikasi di Hong Kong dan Macau, China turut memulakan penggunaan U6 GHz secara komersial.
Huawei turut menyatakan mereka akan terus bekerjasama dengan pengendali telekomunikasi di Guangdong, Shanghai, Hebei dan lokasi-lokasi lain pada tahun 2026 bagi mereka bentuk semula perkhidmatan B2C dan B2H menggunakan AI dan menghasilkan tawaran yang menarik. Memandang ke hadapan, usaha ini akan memacu penggunaan token dalam bidang seperti pembantu rumah pintar, pembantu komunikasi peribadi dan perkhidmatan pengguna serta rumah bersepadu. Bagi pasaran B2B, syarikat merancang untuk bekerjasama dengan pengendali telekomunikasi bagi menyediakan perkhidmatan pengkomputeran AI yang berteraskan integrasi pengkomputeran dan rangkaian, sekali gus membuka laluan pertumbuhan perniagaan baharu.
Huawei berharap dapat terus menerajui aplikasi teknologi natif-AI yang inovatif pada rangkaian autonomi dan telah berusaha membangunkan kecerdasan khusus domain bagi menyediakan asas untuk rangkaian autonomi tahap 4. Pada tahun ini, Huawei akan bekerjasama dengan pengendali telekomunikasi untuk melaksanakan kecerdasan khusus domain merentas domain, termasuk rangkaian tanpa wayar dan rangkaian penghantaran di kawasan-kawasan utama. Sinergi terhasil yang akan dicapai dalam aspek penyelenggaraan, pengoptimuman, kecekapan tenaga dan pengalaman rangkaian akan membantu pengendali telekomunikasi meningkatkan kualiti serta kecekapan rangkaian. Ia juga akan membolehkan mereka menawarkan produk yang berbeza untuk pelbagai senario seperti kereta api berkelajuan tinggi, lokasi acara dan kampus, seterusnya memacu momentum rangkaian yang baharu.
SOURCE Huawei
Share this article