Huawei Lancar Strategi Pembentukan Grid terkini untuk Sistem Kuasa Masa Depan di The Smarter E 2026
MUNICH, 17 Julai 2026 /PRNewswire/ -- Dalam ucapannya bertempat di konvensyen industri, Munich, Presiden Rangkaian Produk PV & ESS Pintar, Huawei Digital Power, Steven Zhou, berkata tumpuan strategik syarikat diberikan terhadap penyelesaian bersepadu pembentukan grid yang memperkukuh kestabilan grid bagi menyokong penembusan tenaga boleh baharu yang tinggi di Eropah.
Di Eropah, penembusan tenaga angin dan solar dijangka mencecah 64% menjelang tahun 2030. Pada masa sama, sistem kuasa berdepan dengan pelbagai cabaran – seperti daya tahan grid yang berkurangan dan kekuatan sistem yang semakin lemah – ekoran kerumitan penghantaran yang tinggi serta bahagian penjana segerak tradisional yang semakin menurun.
Sebagai respons kepada keadaan ini, pasaran Eropah meningkatkan pelaburan grid, memperluas pelaksanaan BESS pembentukan grid, membangunkan kod grid baharu yang merangkumi keperluan pembentukan grid, serta mempercepat peralihan pasaran kuasa daripada sekadar arbitraj tenaga kepada perkhidmatan sokongan grid terpelbagai. Dalam ucapannya di The Smarter E 2026, Presiden Rangkaian Produk PV & ESS Pintar, Huawei Digital Power, Steven Zhou berkata langkah-langkah ini memberikan isyarat jelas bahawa "produk PV dan BESS pada masa akan datang harus berkembang bagi menjadi sumber kuasa utama."
Ketika teknologi tenaga baharu membangun menjadi sumber kuasa utama, industri ini memasuki tempoh inovasi aktif dengan beralih daripada inovasi titik tunggal kepada inovasi bersepadu. Hasil daripada keupayaan pembentukan grid, penyelesaian PV-BESS hibrid sedang mempercepat langkah penggantian loji janakuasa haba tradisional. Fungsi pembentukan grid yang utama seperti keupayaan pemulihan bekalan kuasa tanpa kuasa luar (black start), sokongan inersia dan sokongan arus litar pintas telah disahkan sepenuhnya dalam semua keadaan kendalian serta jangka waktu sistem kuasa, dengan sistem teknikalnya menjadi semakin canggih.
Dalam ucapannya, Zhou menyatakan bagaimana hala tuju strategik Huawei berkembang sebagai respons kepada evolusi grid. "Pada tahun 2020, kami memperkenalkan LUNA, sistem storan tenaga rentetan pintar pertama dalam industri ini," kata Zhou. "Dinamakan bersempena bulan, LUNA direka untuk menerangi waktu malam, bagi memastikan kuasa bersih tidak lagi berakhir apabila matahari terbenam. Sebagaimana yang anda ketahui, penyongsang solar kami diberi nama SUN. Berteraskan matahari, ia membekalkan kuasa kepada waktu siang." Zhou berkata peranan storan tenaga telah ditakrifkan semula bagi menjamin kestabilan keseluruhan grid dan mengumumkan bahawa Huawei telah menaik taraf secara rasmi jenama LUNA kepada LUTERRA. "LUTERRA mendapat namanya daripada 'Terra' – Bumi. Kami sedang beralih daripada menerangi malam kepada melindungi planet kita."
Selaras dengan Strategi PV Pintar baharu syarikat, Huawei memanfaatkan kelebihannya dalam integrasi teknologi asas 4T (Bit, Watt, Haba, Bateri) untuk terus berinovasi, dengan matlamat untuk mempercepat pembinaan sistem kuasa moden, termasuk penyelesaian untuk semua segmen dan senario pengguna. Dalam ucapannya di The Smarter E 2026, Zhou turut memperincikan sorotan daripada projek-projek komersial dan perindustrian (C&I) di Eropah yang menggunakan penyelesaian satu-saiz-padan-semua syarikat yang mengintegrasikan PV, BESS, pengecas EV dan penjadualan AI. Sebagai contoh, di Jerman, taman perniagaan AHS mencapai peningkatan hasil sebanyak 10% selepas hanya dua tahun beroperasi menggunakan penyelesaian satu-saiz-padan-semua Huawei, manakala di Sepanyol pula, Zhou menyatakan, "bil elektrik pasar raya Carrefour telah dikurangkan sebanyak hampir 40% dan tempoh bayar balik hanyalah lima tahun."
Huawei memantapkan kedudukannya dalam mendepani evolusi pasaran elektrik. Zhou menjelaskan, "Pada masa depan, model perniagaan BESS akan menjadi lebih terpelbagai… Berdasarkan keupayaan pengembangan perkakasan dan perisian yang fleksibel, platform satu-padanan-untuk-semua Huawei mampu bersesuaian dengan semua model perniagaan yang berbeza dan memaksimumkan faedah."
Dengan mengadakan demonstrasi di seluruh dunia — bermula dari Sepanyol ke Mongolia, dan Jerman hingga Filipina – bagi membuktikan proposisi nilai teknologi pembentukan grid Huawei, Zhou berkata kecekapan teras syarikat "akan memperkasakan penyelesaian PV dan BESS Pintar semua senario kami, sekali gus memberikan nilai maksimum kepada pelanggan sambil memperkukuh kestabilan grid dengan kadar penembusan tenaga boleh baharu yang tinggi."
SOURCE Huawei
Share this article