Hisense Bawakan Pengalaman Rumah Lebih Pintar kepada Keluarga Semasa FIFA World Cup 2026™
QINGDAO, China, 19 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama terkemuka global dalam elektronik pengguna dan peralatan rumah, membantu keluarga menikmati keterujaan FIFA World Cup 2026™ melangkaui skrin televisyen menerusi pengalaman rumah yang lebih pintar dan lebih terhubung melalui inovasi terkini peralatan rumah syarikat.
Berpandukan visinya, "Innovating a Brighter Life", Hisense terus memperkembangkan Hisense Suite, sebuah ekosistem rumah bersepadu yang dibina berasaskan pengalaman saling terhubung. Lebih daripada sekadar koleksi produk pintar, Hisense Suite memperkenalkan pendekatan baharu dalam mengurus kehidupan harian di rumah — daripada memasak, berehat, mengawal keselesaan hinggalah meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Dikuasakan oleh teknologi keterhubungan AI, sistem ini mewujudkan "Ekosistem Kediaman AI Bersatu", di mana nilai sebenar bukan sahaja terletak pada fungsi setiap produk secara individu, tetapi pada cara kesemua peranti berfungsi secara lancar sebagai satu ekosistem yang saling melengkapi.
Antara produk utama dalam ekosistem ini ialah PureFlat Smart Series Refrigerator, yang direka untuk gaya hidup dapur sosial masa kini. Dilengkapi paparan pintar bersaiz besar dan ciri keterhubungan bersepadu, peti sejuk ini membantu keluarga mengurus bahan makanan, merancang hidangan dan resipi, mengakses hiburan dan kekal berhubung ketika membuat persiapan untuk perjumpaan untuk tontonan perlawanan. Sistem dispenser ais dan air terbina dalam menyediakan akses mudah kepada minuman sejuk— ciri penting ketika keluarga dan peminat bola sepak meraikan hari perlawanan. Sama ada menganjurkan majlis tontonan bola sepak atau menikmati hidangan harian bersama keluarga, peti sejuk ini berfungsi sebagai pusat interaksi dan kemudahan di rumah. Komitmen terhadap kehidupan yang lebih segar dan pintar ini turut diterjemahkan menerusi mesej pengiklanan tepi padang Hisense sempena FIFA World Cup 2026™ "Hisense Fridge, Smart Cooling, Fresh Living", menghubungkan keterujaan bola sepak dengan pengalaman harian keluarga di rumah.
Mencipta keselesaan persekitaran rumah ialah sebahagian daripada penjagaan orang yang tersayang. Ddireka untuk memberikan keselesaan yang lebih bersih, sihat dan diperibadikan,
Hisense Air Master Air Conditioner menggabungkan kawalan iklim pintar, teknologi smart eye pro dan teknologi penjagaan udara termaju bagi membantu mengekalkan suasana dalaman yang ideal sepanjang tahun. Ini membolehkan keluarga berehat, memulihkan tenaga dan menikmati masa bersama dalam keadaan yang lebih selesa.
Ketika keluarga di seluruh dunia berkumpul untuk meraikan detik-detik penting FIFA World Cup 2026™, Hisense terus membawa inovasi melangkaui pengalaman menonton dengan mentransformasikan kehidupan harian melalui teknologi rumah pintar yang saling berhubung dan menjadikan setiap detik di rumah lebih menyeronokkan.
Latar Belakang Hisense
Ditubuhkan pada tahun 1969, Hisense merupakan peneraju global dalam bidang peralatan rumah dan elektronik pengguna dengan operasi di lebih daripada 160 negara. Syarikat ini mengkhusus dalam penyediaan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki tempat pertama dunia dalam segmen televisyen 100 inci dan ke atas (2023 hingga suku pertama 2026). Sebagai Pencetus teknologi RGB MiniLED, Hisense terus menerajui inovasi RGB MiniLED generasi baharu. Sebagai penaja rasmi FIFA World Cup 2026™, Hisense kekal komited memanfaatkan kerjasama sukan global untuk berhubung dengan pengguna di seluruh dunia.
SOURCE Hisense
Share this article