Hisense Lancar PX4 Pro, Bawa Pengalaman Pawagam Profesional ke Rumah
QINGDAO, China, 3 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi elektronik pengguna dan peralatan rumah global, hari ini mengumumkan PX4 Pro, sebuah TriChroma Laser Cinema baharu yang direka untuk menjadikan skrin besar sebagai sebahagian daripada kehidupan harian. Dengan saiz tayangan antara 80 hingga 200 inci, ia memberikan hiburan imersif kepada filem, sukan dan permainan—daripada tontonan pada waktu siang hingga bermain permainan lewat malam.
Teras kepada pengalaman ini ialah keupayaan untuk membawa skala dan impak pawagam ke dalam rumah. Dengan 3,500 ANSI lumen, PX4 Pro menghasilkan imej yang cerah dan terang dengan kejelasan serta impak visual yang diperlukan demi pengalaman skrin besar yang benar-benar imersif.
Dikuasakan oleh LPU™ Digital Laser Engine 3.0, PX4 Pro menawarkan liputan warna BT.2020 sebanyak 118%, menghasilkan semula rangkaian lebih luas warna yang pekat dan seakan nyata supaya pengguna dapat melihat lebih banyak warna dan nuansa sebagaimana yang dihasratkan oleh pencipta kandungan. Dynamic Grayscale Technology eksklusifnya dan Iris Lens yang dipertingkatkan menyerlahkan perincian dalam babak gelap serta kandungan HDR, sekali gus memberikan kedalaman dan realisme yang lebih tinggi kepada setiap bingkai.
PX4 Pro bukan sekadar menggantikan televisyen untuk menonton filem, malah mentakrifkan semula keupayaan sebuah projektor, daripada tontonan pada waktu siang hingga permainan kompetitif. PX4 Pro juga merupakan TriChroma Laser Cinema pertama di dunia yang diperakui oleh FreeSyncTM Premium, memberikan prestasi lancar dan responsif yang diharapkan oleh pemain permainan ke skrin besar dengan kependaman ultra-rendah 1ms, kadar segar semula 2K 240Hz, VRR dan Dolby Vision Gaming. Dengan Xbox Cloud Gaming yang akan tersedia menerusi kemas kini VIDAA pada masa akan datang, pengguna juga akan dapat menikmati judul permainan blokbuster tanpa konsol.
Malam menonton filem yang hebat bukan sekadar mengenai imej yang lebih besar. Pengalaman menonton filem itu membolehkan penonton menghayati jalan cerita sepenuhnya, melihat warna dalam keadaan yang sepatutnya dan memerhatikan dengan teliti perincian yang menjadikan setiap babak terasa nyata. Dengan PX4 Pro, perasaan yang dialami itu boleh dinikmati melangkaui malam menonton filem—daripada sukan pada waktu siang dan hiburan keluarga hingga permainan imersif, sekali gus memberikan lebih banyak cara untuk menjadikan skrin besar sebagai sebahagian daripada kehidupan harian.
Latar Belakang Hisense
Hisense, yang ditubuhkan pada 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan elektronik pengguna yang beroperasi di lebih 180 negara, mengkhusus dalam penyediaan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 1 di peringkat global dalam segmen televisyen bersaiz 100-inci dan ke atas (2023-S12026). Sebagai The Origin of RGB MiniLED, Hisense terus menerajui inovasi RGB MiniLED generasi seterusnya. Sebagai penaja rasmi FIFA World Cup 2026TM, Hisense komited terhadap kerjasama sukan global sebagai satu cara untuk berinteraksi dengan khalayak di seluruh dunia.
SOURCE Hisense
Share this article