Hisense Raikan Pembukaan FIFA World Cup 2026™ dengan Inovasi RGB MiniLED
QINGDAO, China, 12 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama terkemuka dalam elektronik pengguna dan peralatan rumah global, meraikan pembukaan FIFA World Cup 2026™ sebagai Penaja Rasmi kejohanan tersebut dengan membawa peminat lebih dekat kepada keterujaan sukan bola sepak menerusi teknologi dan pengalaman yang imersif.
Sebagai The Origin of RGB MiniLED (Perintis RGB MiniLED), Hisense terus memajukan inovasi paparan melalui teknologi RGB MiniLED terkininya yang dikuasakan oleh Chromagic yang menawarkan pengalaman warna yang lebih semula jadi dan realistik kepada peminat sukan di seluruh dunia. Sepanjang FIFA World Cup 2026™, Hisense membawakan kepimpinan ini ke pentas terbesar bola sepak menerusi iklan di tepi padang yang memaparkan mesej "The Origin of RGB MiniLED TV" dan "Innovating a Brighter Life" ("Menginovasi Kehidupan Lebih Cerah") — sekali gus mengetengahkan teknologi paparan perintisnya dan juga visinya untuk mencipta teknologi yang memperkayakan kehidupan harian.
Bagi meraikan pembukaan kejohanan tersebut, Hisense melancarkan pengalaman peminat selama seminggu di Hudson Yards, New York. Pengalaman munculan (pop-up) itu menggabungkan pemasangan bola sepak yang interaktif dengan kerjasama Adidas, zon paparan berinspirasikan stadium, aktiviti penciptaan grafiti digital serta pemberian cenderamata rasmi FIFA World Cup 2026™. Pengunjung berpeluang menikmati interaksi visual yang terang dikuasakan teknologi oleh RGB MiniLED, meneroka inovasi skrin besar yang terkini daripada Hisense serta menyertai pengalaman hiburan imersif yang direka untuk menghidupkan kembali suasana hari perlawanan di dalam rumah.
Ketika bola sepak sekali lagi menyatukan audiens di seluruh dunia, Hisense terus menunjukkan bagaimana inovasi termaju dan hubungan sesama manusia boleh bergerak seiring. Bermula dengan mempamerkan "The Origin of RGB MiniLED TV" di pentas terbesar bola sepak hinggalah menyatukan peminat melalui pengalaman rumah yang imersif, Hisense kekal komited terhadap misinya untuk "Menginovasi Kehidupan Lebih Cerah" — dengan mencipta teknologi yang bukan sahaja menawarkan prestasi cemerlang, malah turut memperkayakan detik-detik paling bermakna.
Latar Belakang Hisense
Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global dalam bidang peralatan rumah dan elektronik pengguna, dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam penyediaan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah serta penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 1 di peringkat global dalam segmen televisyen 100-inci dan ke atas (2023-S12026). Sebagai The Origin of RGB MiniLED (Perintis RGB MiniLED), Hisense terus menerajui inovasi RGB MiniLED generasi seterusnya. Sebagai penaja rasmi FIFA World Cup 2026™, Hisense komited terhadap kerjasama sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan audiens di seluruh dunia.
SOURCE Hisense
Share this article