Huawei dan Rakan Kongsi Terima Anugerah GSMA Global Mobile LATAM bagi Projek Tech4Nature Mexico untuk Melindungi Jaguar
APAC - Traditional Chinese
USA - English
USA - Deutsch
USA - Pусский
USA - Nederlands
Indonesia - Bahasa
USA - English
Middle East - Arabic
MEXICO - Spanish
BRAZIL - Portuguese
Japan - Japanese
Korea - 한국어
USA - Polski
USA - čeština
USA - español
USA - Français
APAC - Thai
Vietnam - Vietnamese
USA - slovenčina
USA - Turkish
USA - Italiano
MEXICO CITY, 14 Mei 2026 /PRNewswire/ -- Huawei semalam menerima anugerah Global Mobile (GLOMO) LATAM bagi Impak Sosial di Amerika Latin untuk projek Tech4Nature – Rizab Alam Semula Jadi Dzilam de Bravo di Yucatan, Mexico. GLOMO yang dianugerahkan oleh GSMA pada M360 LATAM 2026 itu mengiktiraf sumbangan projek berkenaan terhadap pemuliharaan alam sekitar menerusi penggunaan teknologi untuk melindungi jaguar di rizab tersebut.
Di bawah kerjasama global Tech4Nature antara International Union for Conservation of Nature (IUCN) dan Huawei TECH4ALL, projek di Mexico tersebut menggunakan alat teknologi termaju bagi memantau dan memelihara habitat semula jadi jaguar, spesies ikonik dan terancam di Yucatan.
"Pengiktirafan ini mencerminkan kuasa teknologi apabila ia digunakan demi manfaat manusia dan planet," kata Samira Herrera, Pengarah Komunikasi dan Perhubungan Awam Huawei Mexico. "Tech4Nature Mexico merupakan contoh bagaimana kerjasama rentas sektor mampu menghasilkan impak positif yang nyata terhadap komuniti dan pemuliharaan biodiversiti."
Projek yang bermula pada tahun 2022 dan kini berada dalam fasa kedua itu merupakan hasil kerjasama antara IUCN, Huawei, Kerajaan Negeri Yucatán, C Minds, Universiti Politeknik Yucatan (UPY) dan komuniti tempatan Dzilam de Bravo. Penyelesaian tersebut mengintegrasikan pengesanan spesies dan pengecaman individu dikuasakan AI, pemantauan dan tadbir urus yang diterajui komuniti, dan kerjasama rentas sektor melibatkan kerajaan, akademia, masyarakat sivil dan sektor swasta.
"Tech4Nature Mexico membuktikan bahawa potensi sebenar teknologi terletak pada keupayaannya menukar data kepada penyelarasan, tindakan kolektif dan dasar awam bagi melindungi alam semula jadi. Menerusi kerjasama pelbagai sektor yang memfokuskan komuniti dan hak asasi manusia, inisiatif ini meletakkan alat seperti kecerdasan buatan untuk berkhidmat kepada ekosistem yang menyokong ekonomi dan masa depan kita," kata Regina Cervera, Penyelaras Projek Tech4Nature México daripada AI for Climate di C Minds.
Sejak pelancaran projek, sebanyak 26 perangkap kamera dan 60 peranti akustik yang dipasang di rizab tersebut telah mengenal pasti lebih 147 spesies, dengan 40 daripadanya merupakan spesies terancam. Lebih penting lagi, sistem itu berjaya mengenal pasti 16 jaguar individu, sekali gus menyediakan maklumat penting untuk memahami tingkah laku, pergerakan dan langkah pemuliharaan yang boleh melindungi spesies tersebut, yang memainkan peranan penting terhadap keseimbangan alam sekitar di rizab tersebut.
Penyelesaian berasaskan awan Huawei digunakan untuk memproses dan menganalisis data lapangan. Selain rakaman video jaguar, lebih 100,000 imej dan 600,000 rakaman audio telah dirakam dan dianalisis secara automatik oleh sistem, sekali gus memperkukuh pemantauan fauna tempatan dan ekosistem habitatnya. Cerapan berasaskan data yang terhasil membolehkan pemahaman yang lebih baik terhadap ekosistem dan membuat keputusan yang lebih cekap bagi pemuliharaan biodiversiti sehingga mempengaruhi dasar awam. Selain data ekologi, impak pada skala landskap turut jelas kelihatan apabila kawasan perlindungan diperluaskan daripada 69,000 hektar kepada 104,000 hektar.
Teknologi seperti AI, storan awan dan analitik data membolehkan projek Tech4Nature Mexico mewujudkan model pemuliharaan saintifik mampan yang menggabungkan inovasi saintifik dengan penyertaan komuniti. Bersama teknologi-teknologi ini, penyelesaian ketersambungan tanpa wayar Huawei menjadi aspek penting dalam penghantaran data alam sekitar bagi projek Tech4Nature, satu tema yang turut diketengahkan pada M360 LATAM 2026. Acara pada 13 dan 14 Mei itu menghimpunkan pemimpin serantau dan global daripada seluruh ekosistem teknologi, rangkaian mudah alih, kerajaan dan industri berkaitan bagi membincangkan bagaimana memanfaatkan kuasa teknologi untuk membina masa depan yang lebih baik untuk semua. Anugerah GLOMO LATAM meraikan pencetus perubahan yang mentakrif semula teknologi, ketersambungan dan kemajuan sosial di rantau itu. Anugerah kepada projek Tech4Nature Mexico tersebut mengiktiraf penyelesaian berkenaan atas inovasi dan keupayaannya menjana manfaat sosial dan alam sekitar yang signifikan untuk Amerika Latin.
Menerusi Tech4Nature Mexico, Huawei menegaskan semula komitmennya untuk menggunakan teknologi sebagai alat membina masa depan yang lebih mampan dan inklusif, sambil memacu projek yang menyumbang kepada perlindungan alam sekitar dan pembangunan komuniti.
Latar Belakang Tech4Nature
Huawei dan International Union for Conservation of Nature (IUCN) melancarkan kerjasama global Tech4Nature pada tahun 2020 bagi memperluaskan kejayaan pemuliharaan alam semula jadi menerusi inovasi teknologi. Selaras dengan inisiatif TECH4ALL Huawei dan IUCN Green List, Tech4Nature telah menyokong 13 projek di 11 negara dengan penyelesaian khusus untuk cabaran pemuliharaan.
Akaun X Huawei: https://x.com/huawei_tech4all?lang=en
Ketahui lebih lanjut mengenai TECH4ALL: https://www.huawei.com/en/tech4all
Ketahui lebih lanjut mengenai Tech4Nature: https://tech4nature.iucngreenlist.org/
SOURCE Huawei
Share this article